Search This Blog

Sunday, July 12, 2009

Tolong Sedar Diri


Siapa yang belum habis ganti puasa Ramadhan tahun lepas itu tolong ganti cepat ye.

Ni dah dalam bulan Rejab dah ni.

Kalau yang perempuan nanti dengan tuan sewa rumah mintak duit bulanan lagi.
Tup tup Ramadhan dah tiba. Haa tak pasal pasal fidyah kang



Sedar-sedar diri tu sikit.
Dah tua ni banyak-banyakkan amal ibadah!








OK, aku poyo. Aku ada 3 setengah hari lagi ni -____-"




Yes, tepat sekali. Aku sedang berpuasa.
Aku sedang lapar tapi chill, aku kuat!





Tengah puasa. Sebab tu emo sikit




Apa?! EMO?




Yes, tepat sekali. Aku emo.
Ramai yang turut berkata begitu.


Tapi apa? Oh tidak, tidak sama sekali.
Aku tidak menafikan.







Pengajaran cerita ini, ganti puasa secepat mungkin

Thursday, July 9, 2009

Paranoid

Each and every time I enter the classroom, I will feel something different.
Something so scary, tiring & heavy at the same time.

I feel like I'm carrying a burden; of all the problems in the world.
I always feel tired & scared not to succeed in this field I'm running on.

Dad once told me that nothing in this life will get easier.
Each and every semester I'll face new challenges & need to learn new lessons.
This semester is no exception.

I got scared of the subject English for Academic Purposes.
I got butterfly in my stomach just by hearing the Introduction to Business Mathematics subject.
I got worried if I will ever master the Mandarin Language.
I got headache just by thinking how tricky the subject Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat might be.

I need guidance. I need the spirit to study.
I need to score just like the semester before.

Perhaps I shouldn't push myself too hard.
Trust me, I don't want to repeat any subjects just like any other sane person.

I really want to make my parents proud of me.
Especially my dad, since he has gone through hardships to bring up the family & sending me to this dungeon not only time consuming for him but also a huge sum of money is involved.



Dear my friends & family,
please pray for me :')

I miss you guys

Wednesday, July 8, 2009

Not A Virgin Anymore

Kesucian Kolej Kapas telah dinodai!


TIDAAAAAAAAAAAAAAK!!


Boo boo boo~


Usaha kami sia-sia, hmmphh


Tolong sedar diri pleaseeee. Walaupun ini kamu punya rezeki

Tuesday, July 7, 2009

Ripley's

Hari ni kelas mula dah.
Pagi pagi lagi dah kelas CTU 263 (Islam & Pengurusan).
Kejap lagi pun ada kelas,
BEL 311 (English for Academic Purposes) dan MAT 108 (Introduction to Business Mathematics)


~~~~


Kau orang percaya tak aku kurus gila sekarang?

Kau orang percaya tak apa aku pakai semua sesuai dengan aku?

Kau orang percaya tak abang abang aku tak pernah sekali pun panggil aku gemuk?

Kau orang percaya tak orang selalu cakap aku ni cantik sangat sampai dia orang cemburu?

Kau orang percaya tak mana mana aku jalan mesti lelaki pandang?

Kau orang percaya tak lelaki suka suwiit suwiit aku kalau tengah jalan?

Kau orang percaya tak mat mat rempit atau mat mat impak maksima suka hon hon bila aku lalu?

Kau orang percaya tak aku selalu kena kacau kacau manja dengan lelaki kat Dungun ni?

Kau orang percaya tak kalau kat Dewan Makan tu pekerja dia selalu tenung gatal muka aku lama gila waktu aku ambil makanan?

Kau orang percaya tak pekerja Dewan Makan selalu mintak nombor telefon aku?

Kau orang percaya tak mesti ada lelaki yang minat aku setiap kali mula semester baru?






Hmmm...
Kau orang percaya tak kalau aku cakap kau orang bodoh kalau percaya semua yang aku cakap tadi?
Hmmm...


Jangan lah percaya. Semua tu dusta
Kalau nak percaya percaya semua yang bertentangan daripada di atas ya.




Sebab aku kawan dengan orang cantik cantik.
Aku jalan dengan mereka confirm confirm aku tenggelam walau besar mana sekalipun badan aku.


Sebab aku muka tua sikit.
Ada kawan sebelah atau tak pun lelaki tetap tak berminat.


*mengeluh*

Takpa, aman sikit tak kena ganggu.
Tapi rasa macam hodoh sangat pula sampai orang tak berminat langsung walau hanya berkawan sekalipun.


*mengeluh lagi*

Thursday, July 2, 2009

Warga UiTM

Salam.
Kepada pelajar baru, selamat menempuhi alam universiti
Kepada pelajar lama, selamat kembali ke kampus masing-masing


Cerita sama, keluh-kesah pun sama
Betapa rasa beratnya nak balik 'kampung halaman' semula
Betapa gelisahnya fikir cabaran yang bakal tiba

Sabtu insyaAllah aku gerak ke sana
Benci, tak suka, rimas semua ada.
Mak kata, "Awak jangan nak ngada-ngada!"


Tak sampai dua hari sahaja lagi yang tinggal untuk habiskan masa di rumah.
'Aisyah, ya 'Aisyah Raihana confirm rindu gila-gila
Oh bencinya, kenapa Dungun tu jauh sangat!


Aku malas kemas barang, tak pernah suka!
Benda paling membazir masa bagi aku, HAHA
(walaupun aku tahu sebenarnya online online apa kejadah ni lagi bazir masa. ARRRGHH! lantak ah)



Tadi terjumpa ini. Di kala cuti semester baru bermula kalau tak silap.
Zaman tidur lambat, chatting dengan kekasih oh-so-seronok
Lihat betapa noobnya dia jauh beza betul markah dengan aku.
Rindu gila-gila :D
Takpa lah, dia pun warga UiTM juga. Doakan semua ok untuk dia di Sri Iskandar sana


Azam masih menjalani MMS (Minggu Mesra Siswa). Kasihan betul
Dapat berbicara sebentar tadi. Dapat paksa dia hantar gambar dengan baju batik Mim tu.
Haa budak-budak UiTM wajib tahu. Baju panas kain langsung tak serap peluh! Ketiak basah pun boleh nampak
Tapi aneh, Azam kata kainnya ok sahaja. Tidak adil, mesti material kainnya sudah ditukar!
Bapok betul Azam tu >.<


Penyakit kulit belum pulih lagi.

Aku harap Semester 3 ni baik-baik sahaja dan segala urusan aku dipermudahkan, insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......