Collision of Fantasy & Reality.
Kenapa? Sebab masa tu aku terasa poyo dan hebat, aku inginkan sesuatu yang unik.
Aku nak sesuatu yang berima sama di akhir perkataan.
Kemudian aku terfikir, hidup kita selalu bercanggah antara fantasi dan realiti.
Mungkin kadangkala entri blog aku menggarap fantasi aku.
Tetapi seringkali sukar untuk 'Menuju Puncak' dalam realiti.
Blog ini juga jadi tempat aku meluah perasaan, juga menulis tak ingat dunia sampai ke alam fantasi yang membawa masalah bodoh sehingga ke dunia realiti.
Hidup memang tak adil.
Maka, wujudlah blog ini.
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu.
dyanayunus.blogspot.com
Apa yang tenggelam, apa yang timbul?
Aku dyana dan anak kepada yunus.
Sejak sekolah aku memang terkenal dengan panggilan 'Anak Yunus'
Jadi rasanya tak salah kalau aku menggunakan link yang mudah diingati orang sambil mereka berkata,
"Oh la, blog dee tu la. Pengawas kat sekolah dulu tu..."
Ok, aku perasan. Aku tak sefemes itu, tapi siapa tahu......
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Method penulisan saya adalah dengan menekan papan kekunci sehingga terhasilnya perkataan yang kemudian membawa kepada frasa dan seterusnya mencipta barisan ayat-ayat yang indah yang mampu menarik pembaca 'worldwide' yang kadangkala seringkali dengan bodoh menyalahtafsir bait-bait perkataan saya yang unik.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Aku tak pernah terasa.
Tapi aku pernah disuruh.
Sebab apa?
Sebab itu lah, suatu salah faham.
Salah faham dan salah tafsir bodoh akan kehebatan penulisan aku.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Anep?
Seorang jejaka yang hebat tetapi pemalu.
Baik hati tetapi low profile.
Memahami dan tempat mengadu.
Kuat berjenaka dan pandai berlucu.
Penulisannya amat menyeronokkan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat ;)
6) Next 10 person to tag?
Aku tidak memaksa. Cukup untuk memenuhi kuota sahaja.
Tapi seronok juga kalau ada yang memberi respons
- Yohanis
- Farid Yunus
- Faiz Yunus
- Aminah Syakirah
- Amirah Rozani
- Shairah Sharif
- Cik UltraUngu
- Cik FaFa kawan abang saya
- Azima Zahdi
- Wfqh
adakah cik fafa tu saye? ngek. urm...mcm pening je entri ni. tgk la wat crap i'll write later. :))
ReplyDeletewakkakak..
ReplyDeletethx dee :P
oi pengawas. tak tag. keji oh. FINEE.
ReplyDeletei tkut nk tag, nnt u x lyn kang bnda2 cmni..
ReplyDeleteok ok la, i tag kt sni ;p
azima taknak buat kerana dia comel. sekian world peace.. hahah
ReplyDelete