Search This Blog

Tuesday, May 5, 2009

Saat Akhir

Moral cerita hari ini:
Jangan mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir!


Adalah menjadi kebiasaan untuk para pelajar zaman sekarang mengulangkaji pelajaran hanya beberapa hari sebelum kuiz, ujian mahupun peperiksaan malahan boleh jadi hanya beberapa jam sebelum menduduki mana-mana satu penilaian yang telah disebut.

Ini adalah kerana mereka berpendapat kalau mengulangkaji awal-awal pun masa peperiksaan nanti dah tak ingat. Memang tepat, saya juga berpendapat sedemikian

Tapi kalau boleh, bila ada masa lakukan lah ulangkaji berterusan dari masa ke semasa. Kalau setakat selak dan lihat-lihat isi kandungan pembelajaran pun tak mengapa janji tahu lah juga serba-serbi.

Aku memberi nasihat ini adalah kerana aku tidak dapat mengulangkaji untuk peperiksaan hari ini dengan baik.

Tahu tak sebab apa?
Mestilah kau tak tau, jangan la bodoh sombong tak nak tanya.

Aku demam sehari sebelum peperiksaan, yakni semalam.
Yaaarrr, memang terbaik.
Aku menderita sehingga ada satu ketika aku terpaksa solat Isyak dalam keadaan duduk memandangkan aku tak mampu untuk berdiri lama takut nanti jadi seakan-akan nangka busuk pula jatuh ke tanah.


Pagi tadi kira-kira jam 5:20 baru aku mampu selesaikan sesi ulangkaji. Itupun ala kadar sahaja kerana suhu badan masih tinggi dan kepala makin berat rasa macam orang letak bontot bayi beramai-ramai atas kepala aku.
Malahan sepanjang sesi berkenaan hingus aku tak berhenti meleleh, memang menggelikan tapi itulah lumrah hidup orang yang sedang sakit.

Batuk aku juga tidak kurang hebatnya hingga mampu membuat aku rasa seperti ingin menghempas kepala ke dinding.
Tapi maaf, aku tahu ramai yang nak aku buat macam tu. Aku tak dapat tunaikan harapan kau orang semua dan pasti ramai yang hampa, aku masih waras

Hari ini, jam 2:15 petang adalah peperiksaan kursus yang memang 'killer' kata orang.
Records Management for Office Professionals namanya, haaacewaahhhhh. Bunyi pun sudah gempak bukan?
Oh, tak ke? Tak mengapalah....



Maka di sini ingin aku tekankan sekali lagi ulangkaji lah bila ada sahaja masa. Tapi aku tak rasa aku ni jenis yang mudah mengambil iktibar daripada perkara buruk yang telah terjadi. Hehe

Sekarang pening kepala sudah berkurangan, tapi masih ada sikit lagi memandangkan selesema masih teruk. Batuk-batuk turut sering menyeksa sanubari.

Aku letih, aku mahu pulang.
Tidak mengapa, akan ku habiskan tiga peperiksaan lagi dengan jayanya InsyaAllah.

Kawan-kawan, doakan saya! Jyeaahhhh

6 comments:

  1. Esok exam, tonight pun tak start lagi ni. padahal cuti seminggu melangok memanjang cam tempoyak.

    babe, kenapalah u tak blog camni seminggu yang lepas? i menyesal.
    T_T

    oh, and I hope u dah sihat cam superman dah by now. good luck k? mwah!

    ReplyDelete
  2. hahaha tu lah, wtpe sebuk online lg ni?! shuhhh shuhhh g stdy ;p

    standard la tu, i ari tu cuti lbh smggu sbb paper strt lmbt, x stdy gk hehe

    tp xpe la, u x dmam. i tls cmni sbb i dmam, xleh stdy laaa (alasan gak la.. tp serius x larat)

    cold & batuk msh truk gila. thnx babe. n gdlck gk!

    ReplyDelete
  3. peh..ksian gile!

    xpe dee..take it easy =)

    nnt exam da abes kite xaXXau! xD

    ReplyDelete
  4. haha ye lah tu.
    akan ku tuntut jnji mu nk bwk jln2!

    ReplyDelete

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......