Search This Blog

Friday, August 14, 2009

Belasungkawa :')


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua.

Mungkin sudah sedikit terlewat bagi entri sebegini tetapi tidak salah sekiranya kita bersama-sama muhasabah diri kembali.
Entri kali ini dititip khas di atas pemergian vokalis utama kumpulan nasyid terulung di Malaysia iaitu Rabbani.
Satu Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40 (3 Ogos 1969 - 13 Ogos 2009) kira-kira pukul 10.30 pagi 13 Ogos akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Berita
'kepulangan' di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati.
Baru-baru ini sahaja pengarah terulung Yasmin Ahmad telah meninggalkan kita.


Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan sepanjang Ustaz menjadi tonggak kepada kumpulan nasyid yang hebat ini.

Ambillah masa untuk muhasabah diri dan renungkan kembali pengisian hidup kita selama ini.
Semoga kita sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa Hendaknya.

AL-FATIHAH buat Allahyarham Ustaz Mohd Asri. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat InsyaAllah

Salam.


No comments:

Post a Comment

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......