Search This Blog

Saturday, October 17, 2009

Out of the Blue

Aku start batuk petang semalam kat bilik di Dungun dan makin teruk hari ini.
Tekak gatal gila sampai rasa macam nak masukkan tangan dan garu.
Bila batuk menjadi-jadi semput pun datang.

Tadi aku tengok TV.
Rancangan tetap hari Jumaat pukul 9 malam; Nur Kasih.
Iklan banyak, cerita sikit.


Tiba-tiba aku rasa nak teman lelaki yang memakai haruman Dashing yang bau macam bapak aku pernah pakai dulu pagi-pagi sebelum dia pergi ofis.
Bau tu tiap-tiap pagi buat aku terbangun di samping bapak selalu keringkan rambut dia kuat-kuat sampai air dari rambut basah dia kena muka aku maka terbangun.
Haa aku rindu.

Masih ada lagi tak laki pakai Dashing?
Ke lapuk dah Dashing tu?
Sebab aku tau dari aku tadika jenama tu dah femes.
Bedak dia pun jadi lah.

Ada tak?
Aku suka lah.
Bau macam lelaki macho macam dalam iklan tu relaks je dia kejar kereta naik motor tapi macam bodoh gila pulak cara kereta tu accident.

Hmmmmm Dashing.. (gersang)

6 comments:

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......