Aku tahu ramai yang terkilan dengan sikap aku yang sangat 'menjual ikan' dan sombong dan berlagak bijak dan pelbagai lagi sifat negatif yang membolehkan ramai membenci aku.
Aku sedar.
Tapi maaf, aku tak boleh berubah.
Atau mungkin, aku yang tak mahu berubah.
Berubah tidak sesukar yang kita jangka dan tak semudah yang disangka.
Semua atas keinginan dan usaha.
Aku tak nak berusaha.
Dari segi sikap? Memang aku tak mahu berusaha.
Maafkan aku maafkan aku.
Ikhlas dari hati aku, lantaklah kalau ramai yang cakap aku berpura-pura.
Aku rasa lebih baik aku tunjuk sifat aku yang sebenar daripada menjadi hipokrit terbesar.
Aku tahu aku biadap dan kasar dalam menjawab pertanyaan pada kebiasaannya.
Aku tak salahkan orang lain, atau daripada mana ayah aku berasal.
Ya, aku tak suka jadikan itu alasan.
Kerana aku adalah individu.
Yang tak terbatas sifatnya oleh lokasi kediaman.
Maafkan aku maafkan aku.
Kerana aku adalah aku.
Ps. Tolong jangan plagiat apa-apa kerja aku lagi. Aku tak suka. Berdiri atas kaki sendiri! Atau kau nak lekas mati?
sape yg plagiat kerja kamu?
ReplyDeleteLame x borak ngan kamu. cuti jumpe!
manusia.
ReplyDeletewajib, saya dah buat plan nak tidur rumah awak 1 - 2 malam dan kita berducit ducit di siang hari (jika mendapat kebenaran)
masakan ayam mak awak yang sedap perlu saya santap!