Search This Blog

Sunday, January 10, 2010

Friday, January 8, 2010

Save to Drafts

Semoga entri kali ini tidak menambah koleksi 'Draft' pos aku.
Tipulah kalau aku cakap tidak mengarang selama tempoh sebulan lebih.
Ada memang ada tapi tiada yang berkenan untuk diterbitkan.
Semuanya tersimpan rapi sebagai 'Draft' di sini.

Tahu tak, tadi aku ditegur oleh Pegawai Keselamatan.
Buat pertama kalinya bukan kerana tidak memakai kad pelajar,
dan bukan juga kerana memakai baju di atas punggung.
Tetapi kerana berjalan seiringan dengan seorang jejaka tampan.

Aku macam, entah lah.  Tidak berperasaan semasa ditegur.
Mungkin aku rasa perkara itu remeh lagi temeh dan mungkin juga lelaki kurang upaya (dia baru terlibat dalam kemalangan yang lucu) berkenaan hanyalah seorang rakan yang sangat baik dan harus diambil berat ^.^
Atau mungkin juga aku merasakan bahawa aku tidak melakukan sebarang kesilapan.
Jejaka berkenaan tidak keruan tetapi aku hanya mampu berkata, "Biarkan."



Ahh, gatal pula kaki dicium nyamuk.

Thursday, January 7, 2010

Aku Hidup Lagi

Mungkin sudah terlambat kerana 7 hari sudah kita menjejaki alam tahun baru ini tapi biarlah,
SALAM TAHUN BARU 2010 daripada saya, NURDIYANAH MD YUNUS yang kini sedang menuntut di semester 2 IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT.  Masih kekal di UiTM Terengganu, Dungun Terengganu.

OK.  Mungkin apabila anda membaca bait-bait di atas rasa macam, "WTF?!  Minah ni tiba-tiba je degree.  Tapi tau lah dah degree tak payah kecoh OMG sombong gilaaa nak bagitahu semua orang"
Jangan, pliss aku mohon jangan rasa macam tu pliss pliss pliss kamu jangan nakal uyeahh.  Saya takut, saya gusar, saya akan berusaha lebih demi menebus dan meng'claim' semula CGPA Diploma dahulu yang telah TERPAKSA saya tinggalkan.  Gila apa penat-penat aku kumpul.
Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu ini ya Allah :')

Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan masing-masing.  Dan ya, aku hidup lagi.  Belum mati hati, belum mati lagi.  Setakat ini...

Semuanya perlukan KEYAKINAN, ya, KEYAKINAN pada diri sendiri.

Aku bersyukur diberikan peluang ini ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang betaqwa.
Lembutkan lah hati pihak pengurusan kolej supaya membenarkan aku dan rakan-rakanku mendiami kolej kediaman di sini ya Allah.

Oh, tabahkanlah hati hambaMu ini ya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......