Search This Blog

Friday, January 8, 2010

Save to Drafts

Semoga entri kali ini tidak menambah koleksi 'Draft' pos aku.
Tipulah kalau aku cakap tidak mengarang selama tempoh sebulan lebih.
Ada memang ada tapi tiada yang berkenan untuk diterbitkan.
Semuanya tersimpan rapi sebagai 'Draft' di sini.

Tahu tak, tadi aku ditegur oleh Pegawai Keselamatan.
Buat pertama kalinya bukan kerana tidak memakai kad pelajar,
dan bukan juga kerana memakai baju di atas punggung.
Tetapi kerana berjalan seiringan dengan seorang jejaka tampan.

Aku macam, entah lah.  Tidak berperasaan semasa ditegur.
Mungkin aku rasa perkara itu remeh lagi temeh dan mungkin juga lelaki kurang upaya (dia baru terlibat dalam kemalangan yang lucu) berkenaan hanyalah seorang rakan yang sangat baik dan harus diambil berat ^.^
Atau mungkin juga aku merasakan bahawa aku tidak melakukan sebarang kesilapan.
Jejaka berkenaan tidak keruan tetapi aku hanya mampu berkata, "Biarkan."



Ahh, gatal pula kaki dicium nyamuk.

2 comments:

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......