Search This Blog

Friday, July 23, 2010

Critical Thinking.

Mengapa masa kecil kita sibuk ingin bertudung, sedaya upaya menutup segala aurat yang ada?
Tetapi apabila usia dimamah masa, tudung bukan kegunaan harian walau sekadar di halaman, sesingkat mungkin dijadikan pakaian, baju bagai tak berlengan?

Lucu apabila aku sering dipertemukan dengan lelaki yang menunggang motosikal di atas jalan raya.  Baju ditiup angin deras tangan mereka menarik semula ke bawah.
Lain pula cerita dengan si hawa, lebih terangkat kan lebih bagus.  Nampak si sotong pun sedikit pun tiada rasa malu, bahaya katanya menunggang sebelah tangan takut mampus.

Bukan mengkritik tak tentu hala, cuma ada niat untuk betulkan diri jua.


- - - - - - - - - -


Aku ada sebab yang kukuh untuk berkahwin segera.  Tak perlu bercinta terlalu lama
Aku takut, aku manusia yang lemah.  Nafsu entah tidak mampu dikawal barangkali
Jangan tertawa, kerana ini perkara yang jangan disia.
Aku jelak melihat pasangan yang terang-terangan berpeluk sakan biarpun di hadapan rakan, berpeluk mesra walau menjadi perhatian, bercumbu di bahu jalan.

Mungkin aku hipokrit, memandangkan aku kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kaum yang lagi satu.
Tapi tidak bagi aku, memang aku selalu beristighfar agar dijauhkan daripada perkara sebegitu.
Bukan gatal dan miang ingin mendirikan rumah tangga segera, cuma harus beringat syaitan ada di mana-mana.
Sedangkan tok yang berkopiah juga boleh rebah, apakan lagi pula aku yang jarang-jarang beribadah.

Fikirkan . . .

5 comments:

  1. dee
    ye saye sokong.
    fatin nabilah like this.
    ko dah ade calon ke??
    uuu senyap2 je u ni
    benci benci
    hehe

    ReplyDelete
  2. haha kau sokong yang mana satu?
    eh calon? kan aku tulis dh, "memandangkan aku kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kaum yang lagi satu"
    apa benci benci, tampar kang. haha
    kalau dh nk langsung nnt aku bgtau lah ;)

    ReplyDelete
  3. ko tak blh langkah bendul aku tau
    kne bagi aku kwen dulu
    ahak3

    ReplyDelete
  4. alahai, dah confirm2 kau kawin dulu kut. aku calon pun takdak

    ReplyDelete
  5. haha
    dee ni
    takde makne ny
    jodoh kot
    bukan kte tau
    dah2 takyah pikir
    aku nak kjar 4flat gak ni
    haha mcm la mampu

    ReplyDelete

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......