Orang malas memang macam ni.  Walaupun esok ada 2 ujian, 1 kuiz, dan 1 pembentangan, diri masih tegar melayari internet dengan penuh bangga.  Markah tak seberapa baru tahu nak mengadu kat bunda -____-"
Takpa la, sikit-sikit saja ni.  Sikit saja nak cerita.  Marilah, marilah bacaaaa 
*hasut*
Aku baru praktikal dalaman itu hari kat 
ULPKP (sila rujuk nama penuh pada previous post) selama 3 hari.  Hari terakhir baru diberikan sedikit tugasan menaip.  Kebanyakan masa aku guna untuk layan 
9gag dan membuat nota 
*ehem* .  Mari mari, mari tengok gambar orang gedik :D
Kenapa hari kedua tiada gambar sesetengah daripada anda mungkin bertanya 
(some of you may ask) ?  Hari kedua praktikal aku jatuh pada hari Khamis, 17 November 2011 di mana pada tarikh tersebut aku dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk mengendalikan satu acara 
explorace yang diberi nama 
Envi-Hunt.  Maka, sepanjang hari pada tarikh tersebut aku tak dapat 
punch card masuk pejabat lah.  
Pfftt.  Mana ada kena 
punch card pun >.<
Cerita seterusnya:
Mari ikuti sesi balasan 
SMS aku bersama abang dan kakak tersayang :')  
*sob sob*
Ahad, 20/11/11, 10:06 pagi  (AKU)
"Kt shh alm?  Anta gmbr aisyah plz.  Boring laaaa prktikal kt ofis ni"
Ahad, 20/11/11, 11:27 pagi  (UDA)
"Sori x bls.aisyh tdo.gmba latest"
Ahad, 20/11/11, 11:28 pagi  (AKU)
"Fuiyo muka bdk bijak!  K thanks, hehe"
*dalam hati, menangissss*
Isnin, 21/11/11, 10:23 pagi  (KAK NGAH)
"W/pun demam, tetap tdo penuh b'gaya.. :-) "
Isnin, 21/11/11, 12:09 tengahari  (AKU)
"Bila rsult scan dia kuar?  Ni yg nk blk ni.  Tp byk keje :'( "
Isnin, 21/11/11, 12:35 tengahari  (KAK NGAH)
"Rabu ni nk g jmp Dr lg..discuss hasil scan..kalau rasa2 keje xleh siap, byk masa t'buang kt jln..xpyh la blk dulu..nnt keje xsettle, lg gelabah xtenang nk study"
*menangisssss lagi !*
Ada sesiapa faham perasaan aku sekarang?  Oh jeritan batinku .
Ps.  Aku kena saman sebab memarkir kenderaan di kawasan larangan iaitu parkir staf walaupun tak sampai 45 minit.  Ok yang ini aku tak nak nangis.