Orang malas memang macam ni. Walaupun esok ada 2 ujian, 1 kuiz, dan 1 pembentangan, diri masih tegar melayari internet dengan penuh bangga. Markah tak seberapa baru tahu nak mengadu kat bunda -____-"
Takpa la, sikit-sikit saja ni. Sikit saja nak cerita. Marilah, marilah bacaaaa *hasut*
Aku baru praktikal dalaman itu hari kat ULPKP (sila rujuk nama penuh pada previous post) selama 3 hari. Hari terakhir baru diberikan sedikit tugasan menaip. Kebanyakan masa aku guna untuk layan 9gag dan membuat nota *ehem* . Mari mari, mari tengok gambar orang gedik :D
Kenapa hari kedua tiada gambar sesetengah daripada anda mungkin bertanya (some of you may ask) ? Hari kedua praktikal aku jatuh pada hari Khamis, 17 November 2011 di mana pada tarikh tersebut aku dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk mengendalikan satu acara explorace yang diberi nama Envi-Hunt. Maka, sepanjang hari pada tarikh tersebut aku tak dapat punch card masuk pejabat lah. Pfftt. Mana ada kena punch card pun >.<
Cerita seterusnya:
Mari ikuti sesi balasan SMS aku bersama abang dan kakak tersayang :') *sob sob*
Ahad, 20/11/11, 10:06 pagi (AKU)
"Kt shh alm? Anta gmbr aisyah plz. Boring laaaa prktikal kt ofis ni"
Ahad, 20/11/11, 11:27 pagi (UDA)
"Sori x bls.aisyh tdo.gmba latest"
Ahad, 20/11/11, 11:28 pagi (AKU)
"Fuiyo muka bdk bijak! K thanks, hehe"
*dalam hati, menangissss*
Isnin, 21/11/11, 10:23 pagi (KAK NGAH)
"W/pun demam, tetap tdo penuh b'gaya.. :-) "
Isnin, 21/11/11, 12:09 tengahari (AKU)
"Bila rsult scan dia kuar? Ni yg nk blk ni. Tp byk keje :'( "
Isnin, 21/11/11, 12:35 tengahari (KAK NGAH)
"Rabu ni nk g jmp Dr lg..discuss hasil scan..kalau rasa2 keje xleh siap, byk masa t'buang kt jln..xpyh la blk dulu..nnt keje xsettle, lg gelabah xtenang nk study"
*menangisssss lagi !*
Ada sesiapa faham perasaan aku sekarang? Oh jeritan batinku .
Ps. Aku kena saman sebab memarkir kenderaan di kawasan larangan iaitu parkir staf walaupun tak sampai 45 minit. Ok yang ini aku tak nak nangis.
No comments:
Post a Comment
Hanya yang konstruktif dan membina.