Bismillahirrahmanirrahim.
Ehem. Permulaan dah baik, well I think I'll just cut to the chase.
Seperti yang semua sedia maklum, umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa yang cukup menghampakan saya adalah mentaliti, tabiat serta perangai kebanyakan rakan-rakan di laman Facebook saya. Antara perkara yang terlibat adalah:
- Tabiat menunjuk-nunjuk macam dia seorang pergi Tarawih
- Tidak semena menjadi hipokrit
- Berperangai kebudak-budakan dengan mengadu lapar, letih dsb.
- Mengira jam sehingga waktu berbuka (adik saya darjah 5 pun tak buat)
- Puasa tak sampai seminggu sibuk menghitung Hari Raya
- Tidak sabar menunggu saat perginya Ramadhan
- Keluh kesah berduka cita tak kira masa (ini bulan-bulan lain pun ada)
- Mencarut bagai nak gila tapi tup-tup di pengakhiran mesti nak tulis "aihh, kurang pahala puasa aku" (dah tahu masih cakap merapu)
- Habis juadah berbuka sahur semua nak cerita. Dulu breakfast, lunch, dinner takda pula?
- Waktu Tarawih sibuk ajak orang jemaah. Walhal solat fardhu pun akhir-akhir waktu
- Wanita yang seronok tidak perlu berpuasa kerana 'cuti bulanan' ditokok pula dengan kebanggaan boleh makan Maggi dan minum Nescafe di siang hari dengan harapan mendapat respond 'lucu' dan 'prihatin' dari rakan sosial terutama dari golongan kaum Adam (penambahan idea daripada Ain Syazwani, thanks)
+ + + You name the rest
Attitude seperti ini perlu diubah. Kalau dah sepanjang 11 bulan saya tengok awak berperangai / berpakaian seperti 'apa' di Facebook, jangan tiba-tiba orang tak pergi Tarawih awak mula memaki menyindir bagai. Mungkin ya, mungkin awak telah berubah ke arah yang lebih baik di bulan yang mulia ini syukur Alhamdulillah jika benar tetapi dalam masa yang sama awak terus-menerus menggunakan bahasa kasar dan mencaci maki di laman sosial berkenaan tu apa cerita pula? Kalah main game pun habis dicarut-carutkannya. Malu sendiri.
Rasa nak hide saja semua post seorang rakan di laman itu yang tak habis-habis penuh keluh kesahnya ditambah pula dengan kesedihan melampau kononnya tak dapat menahan lapar persis anak-anak malang di Bosnia Herzegovina. "Yes, 4 jam je lagi!" Itu sibuk dikiranya. Benar bidasan status rakan saya Liyana Othman; "umoq da 21thn posa still dok mngadu lapaq aku xtaw la mak bapak ang ajaq apa slama nih."
Ya, mungkin agak kasar apabila ibu bapa disentuh di situ tetapi saya faham pengertiannya. Tak pernah terlintas rasa malu kah badan sebesar gajah masih mahu merungut kelaparan di bulan yang sememangnya diwajibkan berpuasa? Tak dapat dinafikan kadangkala perut ini tewas juga dengan mendendangkan bunyi gendang, rebab, rebana tetapi sangat tak perlu untuk memalukan diri dengan memaklumkan semua. Malu sendiri.
Saya juga gusar mereka yang sering mencanang ingin pergi atau kepulangan daripada Tarawih berjemaah di masjid atau surau melalui statusnya ada sifat riak, bangga diri dan takabur. Apa ertinya lagi ibadah yang dilakukan apabila ikhlas diselubungi sifat mazmumah yang disebutkan? Rugi sendiri.
Kan Ramadhan dituntut dilebihkan amal memandangkan segala ibadah kita pahalanya digandakan. Memang saya mengaku ibadah saya pun tak banyak mana tapi saya sedar akan hakikat betapa indah, bermanfaat, magis, dan mulianya bulan Ramadhan dan tak sanggup hendak saya menghitung hari untuk meninggalkan. Ini rata-rata ramai yang lebih 'memandang ke hadapan' sehingga tamatnya tempoh sebulan biar pun amal ibadah ditinggal-tinggalkan. Rugi sendiri.
Sumber: emostyles2011.blogspot.com |
Maaf andai entri yang saya anggap berbaur teguran disalah erti dan dianggap kasar penulisannya. Tiada manusia yang sempurna lebih-lebih lagi saya.
Jom, berpuasa dari makan minum, puasa telinga, mata, dan mulut? ;) InsyaAllah.
Salam.
orang mengadu keluh kesah lapar sume tu, nak raih simpati, publisiti. aihh~ aku lak jumpa pompuan post "bestnya tak puasa hari ini". berduyun2 laki komen. bangang.
ReplyDeleteexactly! terima kasih atas tambahan yg diberikan! nak update
ReplyDeleteorg lagi la segan kalau tak puasa, yg pompuan tu dok canang lagi dia tak puasa. aihh~ mentaliti rendah.
ReplyDeleteaku tak tau kut kte bercerita psl org yg sama tp takpe la nnt tggu dh buka puasa aku ajak kau gosip ahahah ;p
ReplyDelete