Jujur aku belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Banyak mazmumah dari mahmudah nya diri aku ni.
Sering aku berkira-kira mahu kah untuk teruskan.
Atau biarkan hubungan kami terus begini.
Biarpun peramah aku tahu aku seorang yang pemarah.
Cepat melenting orang sekeliling pun pening.
Menerima sindiran bukan sesuatu yang mudah.
Mula lah senyuman pun jadi kering.
Tak tahu nasihat siapa dan dari segi apa yang aku perlukan. Aku sendiri sedar kalau sikap ni berterusan rumahtangga yang bakal aku bina dengan yang tersayang akan mudah goyah. Cuma aku percaya aku berhak untuk berperasaan tidak puas hati terhadap sesetangah perkara yang mereka aturkan. Perkara yang mudah banyak jadi payah.
Aku berperang dengan diri sendiri. Konflik dan keadaan aku, sedikit sebanyak mengganggu emosi aku. Perkara ni seakan jadi beban untuk aku bahagikan masa antara elemen-elemen penentu masa depan; pelajaran dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Menipu seandainya aku katakan yang aku yakin aku betul-betul mampu.
Dan aku tak mahu mula dari segi pengetahuan agama dan pemakaianku. Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu.
Ps. Aku tak hadap duit orang yang rasa bagus dan tak reti hormat orang lain. Thanks, but no . . no thanks ! (serius takda kaitan)
siapa yang pakai baju pink tu?
ReplyDeleteandak
ReplyDelete