Search This Blog

Sunday, November 28, 2010

Indah CiptaanNya :)

Salam.
I found this note shared by a friend on this link -->  CLICK

Given the interesting title, this short article triggered my curiosity to continue reading.

It questioned two matters:
1.  Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur?
2.  Mengapa Hawa melahirkan saat dirinya terjaga?

Proceed~

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci.  Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.  
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam a.s. saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.  Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).  Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu.
Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.  Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang :)


So, what do you think?  I don't know, I found it quite interesting and informative.  See how our creator planned everything out for us?  That's what so great & wonderful about Islam.

Thursday, November 25, 2010

Kekuatan.


Hadirnya dikau sungguh tak diduga.
Persahabatan sekian lama kini berbeza.
Bermula seakan saudara, kini kasih bertaut mesra.

Sayang yang bersulam keikhlasan.
Buat ku yakin untuk memberi balasan.
Ingin kau tahu kini kau, sumber kekuatan.

Aku syukur kini termakbul doaku.
Untuk ditemukan dengan insan seindahmu.
Biar pengakhiran kisah kita, hanya Tuhan yang tahu.

Dinda berharap kanda dapat meneruskan penantian.  Sama-sama berdoa kepada Tuhan.  Agar segala niat kita dimakbulkan.  Sejujurnya dinda benar-benar rasa bertuah saat kanda luahkan niat kanda tempoh hari kerana keikhlasan kanda dapat dirasai.  Semoga hubungan ini diberkati dan mendapat restu keluarga kita.  

Semoga kita dapat terus menjaga batas pergaulan.  Doa dinda agar kanda sentiasa di bawah perlindunganNya.  Moga ditetapkan hati kita untuk bersama menjaga cinta kurniaanNya.  Jangan berubah perasaan itu, dinda takut tidak tertanggung sakitnya seperti yang lalu.  Sesungguhnya dinda sangat bersyukur ke hadrat yang Maha Esa.  Kini giliran kita untuk beristikharah pula.




Terima kasih menerima diri seadanya.  Apa yang kurang bantulah dinda baiki bersama.  

Dinda menanti video yang dijanji ^.^
Dan percayalah, selagi kanda di sisi, senyuman dinda akan terus menemani :)


Jaga diri, cintaku.

Ps.  Maaf atas entri yang terlampau puitis isinya.

Wednesday, November 24, 2010

Sakit mata.

I fetched my brother who is currently sitting for his Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination for 2 days now.  I saw quite a scenery.  It's so disturbing to see kids of 17 years old enjoy smoking that much.  Yes I am aware that youngsters these days have started smoking as early as 11 or even prior to that age.  My 15 years old brother is also a heavy smoker.  It is sickening and saddening at the same time. 

Those kids I saw laughed hysterically (figuratively) as they lit up their cigs as soon as they were out of the school territories.  Can smoking really get you out of your stress, or are they just plain stupid?  They were still wearing their uniforms complete with school badges, name tags & ties, with SPM schedule in one hand plus the question paper as they sucked in all of the poisons into their lungs.


Sekadar hiasan.


There's no doubt that it's their parents' money they are wasting for such pointless item.  Maybe they will only consider stop smoking once they need to start take full responsibilities of their life mainly regarding their finance.  Or maybe not?

Whatever it is, the adverts of the implications of smoking maybe didn't work as much or just like I questioned, there is possibility that those smokers are just plain stupid.

Failed to convey the message?

This is sad.  We are gradually losing effective leaders of tomorrow.  But wait, isn't cigarette illicit in Islam?  Oh well, we have been told.  The famous saying really applies, "Your life, your choice".  For all I see, these kids haven't made the wise decision.


Ps.  One of the button on my keyboard is functioning improperly, it irritates me.  And oh, all the best for my precious reliable brother (Muhammad Firdaus) for the remaining papers!

Wednesday, November 17, 2010

Passion.

Dia yang menyemarakkan keghairahan aku untuk menulis dengan banyak  :)  Terima kasih.

2006 & 2010.  Perubahan?






Banyak perubahan is it?  Baiklah -___-"











Aku Terima Nikahnya by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.




Oleh sebab sering dianggap tua, juga kerana kematangan pemikiran dan rupa, mari membaca 'Aku Terima Nikahnya' ;p  Ppfffttt




Ps.  Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-26 buat Encik Yusry 'Abah' Samsuri a.k.a Curd Curdle.  Dah tua daaaaaaah.  Semoga dimantapkan iman ;)  Jaga diri

Monday, November 15, 2010

Pencapaian Hari Ini :)

Salam.
Alhamdulillah suatu pencapaian yang baik hari ini telah aku lakukan, ceh pfftt.

Mari lihat kronologi rutin yang membanggakan:

1.  Bangun seawal (tak awal mana pun) jam 5:47 pagi setelah mendapat pesanan ringkas daripada superhero.  Cois!  Ho ho.

2.  Solat terus ke dapur lantas membasuh kuali yang kotor, lalu menggoreng nasi ikan bilis + paprik.

3.  Turut menyediakan Milo minuman kebiasaan adik-adik.

4.  Sibuk ikut abang menghantar adik-adik ke sekolah konon-konon nak bawa si 'Ain (anak buah) melihat pemandangan di pagi hari.

5.  Mandikan 'Ain buat kali pertama di bilik mandi dengan bantuan abang.

6.  Mendapat habuan kencing tembus setelah 'Ain telah siap wangi cantik berbedak nyaman disapu minyak Yu Yee cap Limau.  Dengan bantuan abang-abang berjaya menukar pakaian budak yang memberontak

7.  Memberi 'Ain susu formula lantas menidurkannya.

8.  Membasuh pakaian juga comforter diimport daripada Dungun.

9.  Menyidai pakaian lewat tengah hari. 

10.  Menyuap si 'Ain makan sambil beliau meragam.

11.  Memberi si 'Ain minum susu formula dengan tambahan lagi 2 kali.

-
-
-
-
-

12.  Erm, layan loyar buruk superhero.  Cois!

13.  Hanya dapat menyidai comforter yang dicuci pada waktu Isya'.

14.  Kini melayan kerenah dua adik busybody yang sedang menonton kartun Cinderella.


So much for my achievement eh?  Ahh the happy environment always makes me feel like writing! :D
Toodles~  Salam

10 Qs.

"You're a one huge hit in my life, I pray for you to be real."

People come & people go but let me just hope it won't be you.  I pray that you'll fulfill your promises.  I pray that what I have always been praying will finally come true :')

Was bored, surfed some sites & pages.  Found this article on iluvislam.com entitled 10 Soalan sebelum Bertunang.  Haha, weird eh?  Just found it nice, so I decided to extract some of its important points.  Let's just make things short.



Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?


"Husband to is be respected, Wife should be protected, Children is to be nurtured."
Dengan izin Allah, semuanya boleh menjadi mudah.  Amin

Sunday, November 14, 2010

Gambar bercerita.

It was a day before our last paper for this semester.
Thought of having big meal for dinner.

I was hungry . . . .

so  . . . . yeah,

And these are only a quarter of our meal.  Teehee :">

Our last paper was on Thursday, 11th Nov 2010.  
Decided to go home on the same day, so yeah . . my lovely brother came all the way from Shah Alam to Dungun on a bus so that he can drive my car home.
I gave it a try; drove approximately for 3 hours from Dungun to Gambang.  Bad weather I tell ya, major adrenaline rush while driving.  Kept cool, Alhamdulillah managed to reach Gambang safely to finally switch roles with Andak.

Scratch the ugliness.  Taken during a congestion somewhere even before Cherating.

This picture was also taken during the loooooong congestion  -___-"  He surely love that woman on the cover, sheesh~
Here's the lovely brother, Fadhli Yunus

Thanks to him I'm currently enjoying my semester break at home :)

Ahh.  I'm just so lucky to have such lovely family & beloved ones ;)  You know who you are

Friday, November 12, 2010

Obstacle?

I'm currently happy & feel content with my life.
At home: with the family, a text messaging partner.

I have never prayed so much for my significant other to finally be shown to me,
for my heart beats along with his,
up until recently.

Just as soon as I've learned to forget,
trying to accept whoever has been chosen for me,
the memory comes alive again.

"Just keeping in touch", he says.

Reality IS scary.

Monday, November 8, 2010

Saturday, November 6, 2010

Aku bukan pengikut trend.

Ke hadapan sesiapa yang berkenaan / bermurah hati / hensem / cantik / kaya,
saya mahukan ini ya?



Memang, memang saya tak ikut trend terkini hiburan sensasi dengan iPhone 4 lah, BB Torch lah, Windows 7 lah, HTC lah, apa lah.  Saya ni biasa-biasa saja.  Hue hue hue

Sila belanja ya, haa sila sila.

Oh lupa, Vivaz Pro namanya ;)

Friday, November 5, 2010

Off day.

Seghabut molep mg Dee.  Hoho

Bangun lebih kurang 20 minit sebelum Syuruk bukanlah suatu perkara yang baik bagi aku.  Bayangkan ya, ya cuba cuba, cuba la, tolong la bayangkan!  Ish.  Aku yang sebesar manusia normal yang berisi gebu tersentak daripada tidur serius tersentak habis macam terloncat sikit dari katil bila tengok jam telefon bimbit sudah jam 6:38am terjerit kecil comel ahai cek mek molek cantik sangat pun zzz terjerit, "Ya Allah, lambatnya aku bangun!"  Memang terbukti aku bukan night person.  Nak cuba gatal gatal tidur jam 2 lebih sekali-sekala pun sudah tak mampu untuk bangun mengikut waktu kebiasaan T_T

Woke up on the wrong side of the bed buat aku jadi malas sangat.  Dah la tidur dalam mood yang kurang enak, ya lah, semakin hari ada saja perkara yang membuatkan self-esteem, self-efficacy & self-evaluation aku merudum teruk.  Rancangan Malaysia ke-48 tak terlaksana untuk mengulangkaji di perpustakaan hari ini, nawaitu untuk menggoreng nasi yang lazat terbantut.  Hmm, macam ada serba tak kena.  Sudah la asyik meratapi nasib malang tiada yang mahu.  Ahh sudah, abaikan

Tapi Alhamdulillah langit tak selalu mendung apabila aku diberikan rezeki yang banyak pada hari ini :)  Seawal jam 7 pagi ibu menghantar pesanan ringkas daripada Kota Makkah bertanya khabar, senyuman terukir di bibir.  Aku titipkan pesanan kepada rakan belajar, Rokiah Ali untuk membelikan sekeping roti canai kosong bersama roti telur memandangkan beliau ingin keluar bersarapan bersama 'cikgu' komandernya.  Pesanan itu tidak memerlukan aku untuk membuat bayaran apabila telah ditanggung beres oleh 'cikgu' itu :D  At least berisi juga perut di awal pagi.  Eh, perut aku memang banyak isi.  Pfft

Sesudah azan Zohor berkumandang, di mana masa sebelumnya aku habiskan dengan menonton Kamen Rider W semata, segera aku keluar kamar untuk ke tandas menyempurnakan wudhuk ku.  Sentakan bak halilintar kali kedua apabila jiran rumah depan datang mengetuk sliding door bersama anak kecilnya.  Segeraku masuk semula ke kamar, menyarungkan seluar yang lebih sopan panjangnya & mengambil kunci di atas meja belajarku.  Hati berbunga, tidak perlu pening memikirkan masakan tengah hari, kerana ku telah diberikan lontong pula :)  Terima kasih akak jiran depan rumah yang masih saya lupa bertanya nama.  Lepas ni saya masak Egg Drop Soup & Crab Meat untuk dipulangkan bekasnya ya.



Apabila emosi aku tak tenteram, baru aku sedar aku lebih suka membuang masa memakan & membuang angin.  Just seperti tadi, hue hue.  Aku memandu dengan kelajuan santai 60 - 85 km/jam melalui jalan pantai untuk ke pekan Sura Gate.  Ingin membeli sabun cuci pinggan kononnya.  Tapi ternyata emosiku hanya boleh dipujuk dengan membeli alat solek yang konfirm takkan diguna -_-"  Pembaziran, tsk.  Oh para pembaca kalaulah ada, di sini aku ingin bertanya.  Apakah wajahku persis orang terlalu dewasa?  (taknak cakap tua tu ;p)  Memandangkan aku jarang-jarang mendapat panggilan 'Dik' pabila di mana-mana.  Hanya 'Kak' menjadi panggilan setia.  Sedih, sila perhati.  Ya, sila sila.  Inilah wajah aku pergi ke pekan tadi.  Macam ni lah tadi, serius macam ni takda lainnya.  Tua kah?

Baiklah.  Aku faham kata hati korang.  Tua la tu >.<


Patut pun tiada yang mahu.  Hmph.  Ahh lelaki, tau nak perempuan yang tau ayat manis je.  Nak yang nampak macam kurus je.  Nak yang free hair je.  Nak yang sosial je.  Aku yang gemuk gedempol tendang masuk gol macam ni memang takda can la.  Blah la!
Tak mengapa, aku anggap saja aku matang orangnya.


Ahh.  Perut kenyang sudah dengan lontong.  Masa untuk beauty sleep.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......