Seghabut molep mg Dee. Hoho
Bangun lebih kurang 20 minit sebelum Syuruk bukanlah suatu perkara yang baik bagi aku. Bayangkan ya, ya cuba cuba, cuba la, tolong la bayangkan! Ish. Aku yang sebesar manusia normal yang berisi gebu tersentak daripada tidur serius tersentak habis macam terloncat sikit dari katil bila tengok jam telefon bimbit sudah jam 6:38am terjerit kecil comel ahai cek mek molek cantik sangat pun zzz terjerit, "Ya Allah, lambatnya aku bangun!" Memang terbukti aku bukan night person. Nak cuba gatal gatal tidur jam 2 lebih sekali-sekala pun sudah tak mampu untuk bangun mengikut waktu kebiasaan T_T
Woke up on the wrong side of the bed buat aku jadi malas sangat. Dah la tidur dalam mood yang kurang enak, ya lah, semakin hari ada saja perkara yang membuatkan self-esteem, self-efficacy & self-evaluation aku merudum teruk. Rancangan Malaysia ke-48 tak terlaksana untuk mengulangkaji di perpustakaan hari ini, nawaitu untuk menggoreng nasi yang lazat terbantut. Hmm, macam ada serba tak kena. Sudah la asyik meratapi nasib malang tiada yang mahu. Ahh sudah, abaikan
Tapi Alhamdulillah langit tak selalu mendung apabila aku diberikan rezeki yang banyak pada hari ini :) Seawal jam 7 pagi ibu menghantar pesanan ringkas daripada Kota Makkah bertanya khabar, senyuman terukir di bibir. Aku titipkan pesanan kepada rakan belajar, Rokiah Ali untuk membelikan sekeping roti canai kosong bersama roti telur memandangkan beliau ingin keluar bersarapan bersama 'cikgu' komandernya. Pesanan itu tidak memerlukan aku untuk membuat bayaran apabila telah ditanggung beres oleh 'cikgu' itu :D At least berisi juga perut di awal pagi. Eh, perut aku memang banyak isi. Pfft
Sesudah azan Zohor berkumandang, di mana masa sebelumnya aku habiskan dengan menonton Kamen Rider W semata, segera aku keluar kamar untuk ke tandas menyempurnakan wudhuk ku. Sentakan bak halilintar kali kedua apabila jiran rumah depan datang mengetuk sliding door bersama anak kecilnya. Segeraku masuk semula ke kamar, menyarungkan seluar yang lebih sopan panjangnya & mengambil kunci di atas meja belajarku. Hati berbunga, tidak perlu pening memikirkan masakan tengah hari, kerana ku telah diberikan lontong pula :) Terima kasih akak jiran depan rumah yang masih saya lupa bertanya nama. Lepas ni saya masak Egg Drop Soup & Crab Meat untuk dipulangkan bekasnya ya.
Apabila emosi aku tak tenteram, baru aku sedar aku lebih suka membuang masa memakan & membuang angin. Just seperti tadi, hue hue. Aku memandu dengan kelajuan santai 60 - 85 km/jam melalui jalan pantai untuk ke pekan Sura Gate. Ingin membeli sabun cuci pinggan kononnya. Tapi ternyata emosiku hanya boleh dipujuk dengan membeli alat solek yang konfirm takkan diguna -_-" Pembaziran, tsk. Oh para pembaca kalaulah ada, di sini aku ingin bertanya. Apakah wajahku persis orang terlalu dewasa? (taknak cakap tua tu ;p) Memandangkan aku jarang-jarang mendapat panggilan 'Dik' pabila di mana-mana. Hanya 'Kak' menjadi panggilan setia. Sedih, sila perhati. Ya, sila sila. Inilah wajah aku pergi ke pekan tadi. Macam ni lah tadi, serius macam ni takda lainnya. Tua kah?
Baiklah. Aku faham kata hati korang. Tua la tu >.< |
Patut pun tiada yang mahu. Hmph. Ahh lelaki, tau nak perempuan yang tau ayat manis je. Nak yang nampak macam kurus je. Nak yang free hair je. Nak yang sosial je. Aku yang gemuk gedempol tendang masuk gol macam ni memang takda can la. Blah la!
Tak mengapa, aku anggap saja aku matang orangnya.
Ahh. Perut kenyang sudah dengan lontong. Masa untuk beauty sleep.
hahaha... biasa lah tu.. kalau orang panggil kita akak.. layankan aje...
ReplyDeletetp mslhnye yaya, kdg2 terang lg bersuluh org yg pggil kak tu dia lg tua! haha. aggp je la dia pggil hormat
ReplyDeleteaku sukaaaaa entry ni. sayang sikit! haha
ReplyDeleteeh syg sikit je? kau mesti suka sbb aku tua kan. ke kau suka sbb aku takda orang nak? asl mun asl? T_T
ReplyDeletebukan2 aku suka sebab tengok muka kau kelakar wehhh, hahahha
ReplyDeletetak tua, tapi tah la
unexplainable ada something yang kelakar.
aku tengah bayang kan muka kau annoying pandang aku. HAHA wehh sumpah aku rasa kelakar. aku suuuuka! haha
ngek. haa muka aku tgh marah ni marah! sila bayangkan sekarang! hahaha. siot la kau tu muka baik je duh baru balik grocery shopping!
ReplyDeletekira oklah orang panggil 'Kak'. kalau dipanggil 'Nek' @ 'Makcik', mau keluar jurus tomoi seribu.
ReplyDeletecait. itu over
ReplyDeletebtw, u look matured.
ReplyDeletehmm boleh kahwin dah. cet
ReplyDeletesiapa kata tak boleh kahwin?
ReplyDeletetakda siapa. cuma maksud saya dalam masa terdekat
ReplyDeletemeans, lepas degree bolehla kan?
ReplyDeleteboleh. tapi kena tunggu orang masuk meminang juga
ReplyDelete*tunggu depan pintu rumah*
duduk bersila depan pintu macam Micheal Cera tunggu Mary Elizabeth Winstead dalam 'Scott Pilgrim Vs. The World'.
ReplyDeletewalaupun saya tak tengok lagi cerita itu, saya tahu menerusi trailer nya! dia order apa tah semata mata nak perempuan tu hantar kannn? ho ho
ReplyDeleteah! abaikan semua itu. abah sedang bayangkan mary elizabeth winstead dengan rambut pendeknya itu. sungguh gorjes. waaa....
ReplyDelete-_______-" suka perempuan psiko rupanya
ReplyDelete