Search This Blog

Friday, August 21, 2009

Ramadhan al-Mubarak

Salam.

Esok adalah hari pertama umat Islam akan berpuasa pada bulan yang mulia ini.
Justeru, saya ingin memohon maaf kepada semua yang berkenaan atas segala salah dan silap saya kepada anda.

Bulan Ramadhan ini adalah elok sekiranya kita tutup buku lama dan gantikan dengan lembaran yang baru.
Kepada yang membenci dan rasa terjengkel dengan sikap saya yang tak matang selama ini, saya berharap anda dapat membuang perasaan itu jauh-jauh.
Bila masuk Syawal nanti bencilah semula. Saya tak kisah

Kepada yang tertuduh, terfitnah atau terbuat cerita pasal saya tu tak mengapalah
Saya memang dah biasa. Oleh itu saya sedia memaafkan dan sedar segala kesilapan dan keburukan datangnya dari diri saya sendiri.
Ikhlas saya cakap, memang tak tipu.

Saya cuma ingin segera bergraduasi dan tak mengganggu ketenteraman awam.
Seandainya ada terkasar bahasa, terguris hati eloklah segalanya diterangkan dengan jelas dan bukan terus memburuk-burukkan.

Saya mengaku saya masih tak matang, saya tahu
Sekali lagi, ampunkan saya.

Salam Ramadhan al-Mubarak semua ;)

Tuesday, August 18, 2009

Despicable

I wonder...
Is it legal to hate someone without any good reason?

I wonder...
How do you feel when you purposely being cynical towards someone you barely knew?

I wonder...
Do you feel proud when people agree with your so-called opinion and support you?

I wonder...
Why do people like to meddle with someone else's life?

I wonder...
What is it like to torture someone's feeling?

I wonder...
When will you start feeling guilty after doing all those?

I wonder...
And I will keep on wondering :')


Because life is doing fine as what it is supposed to be.


Friday, August 14, 2009

Belasungkawa :')


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua.

Mungkin sudah sedikit terlewat bagi entri sebegini tetapi tidak salah sekiranya kita bersama-sama muhasabah diri kembali.
Entri kali ini dititip khas di atas pemergian vokalis utama kumpulan nasyid terulung di Malaysia iaitu Rabbani.
Satu Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40 (3 Ogos 1969 - 13 Ogos 2009) kira-kira pukul 10.30 pagi 13 Ogos akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Berita
'kepulangan' di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati.
Baru-baru ini sahaja pengarah terulung Yasmin Ahmad telah meninggalkan kita.


Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan sepanjang Ustaz menjadi tonggak kepada kumpulan nasyid yang hebat ini.

Ambillah masa untuk muhasabah diri dan renungkan kembali pengisian hidup kita selama ini.
Semoga kita sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa Hendaknya.

AL-FATIHAH buat Allahyarham Ustaz Mohd Asri. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat InsyaAllah

Salam.


I have these

phobias... I think


OK. Let's begin the list shall we? :)


Agoraphobia - Fear of situation in which escape is difficult.
Androphobia - Fear of men. (oh wait, this is a total lie)

Atychiphobia - Fear of failure.

Cacophobia - Fear of ugliness. (my ugliness, not anyone else)
Claustrophobia - Fear of confined spaces. (totally, i'll have asthma attack or some sort and panicked)
Coulrophobia - Fear of clowns. (not exactly a fear, just feel like crying when i see one)
Cyberphobia - Fear of computers. (duhh, then what the hell am i doing here? zzz)

Entomophobia - Fear of insects. (roaches especially. i'll scream like i'm dying)

Megalophobia - Fear of large things. (so does this mean i'm scared of myself? haha)

Necrophobia - Fear of death or dead things.

Phobophobia - Fear of phobias. (totally)

Venustraphobia - Fear of beautiful women. (ish, this is totally wrong. i'm just fine when i look into the mirror. hahaha)


This is actually a boring random post since I actually got something better to do but just plain lazy to do it.
Some may find it new for the phobia names even me!
So, do google them (the phobia list) when you have the time.
Till then! :)

Monday, August 10, 2009

Tinta berdarah

Entri kali ini tidak bermotif.
Cuma cuma, hati rasa dirabak
Berminat pula dengan bait-bait ini :')

You're on the phone with your girlfriend
She's upset
She's going off about something that you said
'cause she doesn't get your humor
Like I do

I'm in the room
It's a typical Tuesday night
I'm listening to the kind of music
She doesn't like
She'll never know your story
Like I do

But
she wears short skirts
I wear t-shirts
She's
cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see that I'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you see
You belong with me
You belong with me

Walking the streets
With you and your worn out jeans
I can't help thinking
This is how it ought to be
Laughing on a park bench
Thinking to myself
Hey, isn't this easy?

And
you've got a smile
That could light up this whole town
I haven't seen it in awhile
Since she brought you down
You say you're fine
I know you better than that
Hey what you doing with a girl like that

She wears high heels
I wear sneakers
She's
cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see
That I'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you see
You belong with me
Standing by and
Waiting at your backdoor
All this time
How could you not know
Baby
You belong with me
You belong with me

Oh, I remember
You driving to my house
In the middle of the night
I'm the one who makes you laugh
When you know you're about to cry
And
I know your favorite songs
And you tell me about your dreams
Think I know where you belong
Think I know it's with me

Can't you see
That I'm the one
Who understands
Been here all along
So why can't you see?
You belong with me

Have you ever thought
Just maybe
You belong with me?


Yeah so the clip is a little bit cliche :)
But I've always love happy endings!
The song has always brighten up my day,
for the mean time

Sunday, August 9, 2009

Entri Khas Buat Yang Tersayang

Semalam ulangtahun kelahiran Nur 'Aisyah Raihana yang kedua!
I miss u hun :')
Maafkan Cik Yana lambat wish, I totally forgot.
I love you darl

Be a good kid.


Maafkan Cik Yana jugak tak bagi any presie for you.
Sumpah Cik Yana nangis gila-gila bila teringat 'Aisyah.

'Aisyah sayang, jangan lupa Cik Yana taw.
Tau tak, ramai kawan Cik Yana cakap muka kita lebih kurang :D
Cik Yana seronok gila bila dengar orang cakap macam tu!

'Aisyah important sangat sangat bagi Cik Yana.
Cik Yana nangis gila-gila bila tengok gambar Abah 'Aisyah MMS.
Sedih sebab rambut 'Aisyah dah panjang!
Betapa lamanya kita tak jumpa :(


'Aisyah sayang, belajar la cakap cepat eh.
Jangan malas-malas

Cik Yana jauh dari 'Aisyah, so kalau boleh bila Nenek call tu Cik Yana nak sangat borak dengan 'Aisyah.
Biar la pelat sekalipun janji Cik Yana dapat dengar suara 'Aisyah.

Bila Cik Yana balik rumah nanti, jangan buat bodoh je taw.
Lari la kat Cik Yana macam hari tu (walaupun sebenarnya 'Aisyah excited nak keluar je) Takpe, tak kisah.
Janji 'Aisyah macam happy bila nampak Cik Yana


Cik Yana rinduuuuu nak mndikan & cebokkan 'Aisyah >.<
*hugs n kisses*

Here's a Happy Birthday song for you, entitled Shengri Kuaile:
Zhu ni shengri kuaile,
Zhu ni shengri kuaile,
Zhu ni xingfu wu zhijing,
Haoxiang song bai chang qing!
:D


'Aisyah, tolong lapkan air mata Cik Yana. Banyak sangat meleleh ni :(


Ps. Uda, thanks for the picture. I miss you all



Friday, August 7, 2009

How You Love Me Now Pt 2

Macam dah lama gila je aku tak update post kat sini. Mungkin sebab macam dah lama sangat aku tak spend masa untuk mengadap laptop aku yang makin hari gila teruk virus nak update tak menyempat sambil malas.
Post kali ni tolong abaikan bahasa rojak aku sebab tengah takde mood nak tulis cun cun punya

Aku risau gila bila fikir aku ni makin malas semester ni. Tidur tunggang-langgang, gosok baju ikut suka dah takde gosok sekali banyak satu masa, buku tak pernah sentuh kecuali masa dalam kelas, handphone macam 24 jam dalam tangan tapi bukan mesej dengan boyfriend pun
Sumpah! Aku risau gila babi.

Aku macam suka amik kisah pasal hal orang lain yang tak sepatutnya aku amik kisah. Aku get jealous over someone yang tak pernah buat salah dengan aku; sebagai contoh, dia cantik member aku suka dia aku jealous aku marah rasa nak merajuk ok balik tidur. Hmm cane tu?

Aku makin rimas kalau orang tu cerita pasal orang yang dia suka, tapi aku macam gila annoyed dengan orang yang dia suka tu. Takkan aku macam nak, "Err hey, u need to stop. I hate that person, thank you very much" Haa macam jahat gila en aku kalau wat macam tu? Dah tu cane ni?

Rasanya macam makin hari aku makin tak reti nak jaga hati orang. Aku cakap dah makin lepas. Mencarut makin rancak. Sumpah! Aku risau gila. Aku dah la tak ramai kawan, memang makin sepi ah hidup kalau aku tak pandai jaga diri. Ayah cakap blogging ni macam bodoh je sebab kita cerita pasal diri kita. Kadang-kadang ada gak rasa macam tu, macam pathetic gila pulak aku ni sampai semua benda nak cerita dengan harapan ada orang nak baca

Korang tau tak aku macam excited gila kalau Followers aku bertambah? Gila sedih en? HAHA. So aku memang gila thanks kat orang-orang yang setia baca blog aku. Walaupun sumpah aku rasa aku punya blog langsung tak leh celen blog Hanis Zalikha. Aku suka baca blog dia kalau terluang masa, aku rasa dia cool.

Kadang-kadang en, aku naik meluat bila orang mula kecoh-kecoh pasal penggunaan Facebook. Jelak gila. Sama jelak macam bila semua orang nak kecoh bila Yuna femes. Macam semua nak rebut dia yang minat Yuna dulu. Tak pun Zee Avi. Aku takde masalah dengan diorang, sumpah tak. Cuma haa errm, ye lah. Korang faham en? Oh sikit-sikit bila online, "Eh, aku nak update la kat FB. Aku takleh kalau tak online sebelum tidur ni" Haihh, rimas wehh. Korang takde life sangat macam aku ke sampai nak batak batak benda yang dah hampir lapuk dah pun?

Aku tak suka diri aku sendiri sebab senang je terpengaruh dengan orang. Aku boleh layan orang mintak nasihat pasal cinta, pasal member, tapi aku sendiri korup! Cane ntah. Aku rasa macam nak je lari jauh-jauh sampai memang aku tak larat lari dah. Tapi kena ada orang ikut la, nanti dah pengsan susah pulak kalau sorang-sorang.

Aku suka mengharap benda/orang yang aku takkan dapat duh. Aku rasa bodoh gila. Tapi bodoh-bodoh pun aku adalah kawan baik diri sendiri. Takkan aku nak benci diri plak en, bangang la tu. Eh tapi kat atas aku tulis aku tak suka diri aku. Hmm cane ni?! Takpe lah, yang penting aku tak keluri lagi yang mana patut dibenci-i. MUJURNYA

Bodoh tak kalau aku selalu suka-suka nak bagi hadiah/something kat orang yang aku sayang tanpa alasan kukuh? Tapi mungkin gak aku buat macam tu supaya dia sayang aku lebih. Hmm cane? Still bodoh ke?

Oh aku susah dah nak bercerita rahsia kat lelaki kecuali abang-abang aku. Aku dah payah nak percaya lelaki kat sini sebab aku tau dah diorang pun pandai gosip! Benci betul aku. Cerita litar tertutup pun orang luar boleh tau. So, jangan ingat lelaki tak pandai bergosip. Bapok betul


Eh, jangan salah faham. Aku takde pape against orang lembut/nyah. Tapi AKAN jadi against kalau dia mula menggedik-gedik dengan lelaki sejati. Kalau lelaki sejati tu yang kacau siap nak raba-raba, memang dia lah yang kurang siuman. Hmm

Aku risau banyak benda ni. Taktau mana nak mula dulu. Hmm mungkin boleh mula dengan membunuh perempuan yang nama Nadia tu. Hmm ok gak tu! Haizz, bijak betul aku. Takpe lah, sebelum aku bunuh orang kena tidur dulu. Baru ada tenaga esok nak menapak jumpa dia. Dinosaur punya orang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......