Search This Blog

Wednesday, March 28, 2012

Dia . 4

Aku rindu dia.


Waktu aku darjah tiga, dia tingkatan tiga.
Kami dihantar ke pusat tuisyen yang sama.
Selang kelas hanya satu atau dua.
Dia ni jenis cukup suka bergembira.


Satu hari cikgu dia panggil aku.
Tanya dia datang tak hari tu.
Aneh sebab memang dia datang dengan aku.
Cuma rupanya dia ponteng ke mana aku tak tahu.


Aku rindu dia.

Tuesday, March 27, 2012

Dia . 3

 
Aku rindu dia.


Aku ingat lagi waktu aku pulang dari tadika.
Mak duduk di kaki katil, teresak.
Aku pulang dengan gembira bertukar keliru.

Aku salam mak.  
Dengan lelehan air mata mak pegang tanganku, kemas.
Mak pohon jangan tipu mak, jangan lukakan hati mak.

Aku tak mengerti.

Rupanya ada kaitan dengan dia yang aku rindui.
Dia sedang menuntut di darjah 6 ketika itu.
Aku ingat lagi.


Dan ternyata, aku masih rindu dia.



 

Sunday, March 25, 2012

Lamar? Pfftt

 
 
Ya Allah, sesungguhnya aku cukup meluat dengan update status dan share berita ke gosip ke video ke pasal lamaran Awal Ashaari kepada Scha Al-Yahya secara live.  Yang dikecohkan antaranya pilihan ayat yang sweet kononnya oleh Awal something like "Sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?"  Trust me, I don't know sebab aku tak tengok video ke hape ke yang orang suruh aku tengok.  Ni pun sebab ada member update status.  Lucu kan?  Halal?  Apa definition halal bagi dia?  Hmm . . .


Sebab apa aku meluat?  Hmm . . .  Jeles?  Bukan.  Cemburu?  Bukan.  Dengki?  Bukan.  Benci?  Pun bukan.


Antaranya sebabnya adalah kita tahu diorang tu kapel dah lama.  Pegang-pegang benda biasa.  Pergi cuti sama-sama.  Laga pipi wajib ada.  So?  Fikirlah sendiri.  Lamar macam tu pun kan dah macam style orang kafir.  Mana pergi Islam sebagai ad-Din?  Susah kalau dah way of life pun memang dah ikut budaya orang sana.  It's about time pun they get married.  Kalau dia lamar cakap camni baru aku respect, "Sudikah you nikah dengan I sesudah kita bertaubat supaya kita sama-sama dapat mengurangkan dosa yang banyak kita lakukan selama ini?"  HA HA HA !


Dulik apa aku orang nak cakap aku kolot, akal sempit, poyo etc. etc.  Sebab ini memang pandangan tulus dan jujur aku.  Bagi aku, mentaliti masyarakat kita dah tahap kritikal lagi sadis sesadis sadisnya.  Rasa nak penampar semua yang cakap "untungnya Scha", "sweetnya Awal", "bestnya orang lamar camtu", blah blah blah statement perempuan-perempuan gedik seantero dunia.


Tak macho langsung.  Asal tak upload video Awal pergi jumpa bapak Scha tu dari awal berkawan ke mintak kebenaran ke hape?  Tu baru definisi sweet bagi aku.  Haa apa apa?!  Nak cakap kolot lagi la tu.  Argh


Dah dah, tak payah nak kutuk-kutuk bengang emo dengan aku.  Benda ni sangat general.  Sebab dalam satu hari ramai sangat post benda-benda bodoh tu.  Kacau mood.  Nak get off of Facebook tak mampu.  Hmph



 
 

Dia . 2

 
Aku rindu dia.


Kakakku bercerita,
dia memang suka mengusik adik perempuan pertamanya,
usikan yang seringkali menaikkan kemarahan abg sulung mereka,
maklumlah, setelah bertahun lamanya baru dapat berlainan jantina,
adik perempuan yang seorang itu terlalu dimanja,
usikan dia setiap kali tak mungkin dilupa,
rimas, tapi sayang itu tandanya.


Aku rindu dia.



 

Saturday, March 24, 2012

Dia .

 
Aku rindu dia.


Aku ingat lagi setiap kali aku lihat gambarnya,
aku tertawa,
rambutnya . . .

Persis gulungan rambut palsu tuan hakim.


Aku rindu dia.

Wednesday, March 21, 2012

Tudung .

SubhanAllah.  Sesungguhnya aku cukup ingat mimpi yang hadir dalam tidur sebelum berkumandang azan Subuh tadi.  Adakah itu petanda?  Atau sekadar mainan tidur untuk mengejutkan aku dari lena?  Tidak kira apa sebab kehadirannya sekalipun aku cukup berharap Allah sentiasa menerima taubatku dan membuka pintu hatiku beransur menjadi seorang muslimah sejati.


 

Aku mimpi membeli tudung labuh persis kepunyaan ibu.  Tetapi sembunyi, segan jika ada yang tahu.  Tudung itu cantik, lembut berwarna biru.  Ya Allah, sesungguhnya aku mahu :')

Ibu, wanita 'besi' yg manis.


 

Thursday, March 15, 2012

Spontan ?

 

Perbualan sebenar pada hari Rabu, 14/03/12.  Dialog tidaklah sebijik sebijan tapi seakan-akan.


 
 MUNIRA Kenapa muka kau, bibir kau nampak pucat?


DIYANAH:  Entah la.  Kau tak tau ke aku ada simptom penyakit membawa maut?


MUNIRA Apa dia?


DIYANAH Hidup.  Setiap yang hidup kan mesti mati.



Laju mulut menutur kata.  Bersediakah aku sebenarnya?


  
 

Sunday, March 11, 2012

Dear future husband,

 
Yusry bin Samsuri specifically (insyaAllah),
here's a du'a for you, for me, & for the both of us.


"O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!
"
 


Also copied from ILoveAllaah.com page on Facebook :)



  
 

:)



 

A Wife once asked her husband:
“What is the happiest moment of your life?”
 
He looked at her face and said:
“It has not yet come..”

She fell silent for a moment, clearly disappointed, then she asked:
“And when will it be?” 

He said:
"The day when you open the door and you say to me ‘My dear husband, Assalaamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh’ - in our PALACE in JANNAH!”


  
Copied from ILoveAllaah.com page on Facebook .




   

Wednesday, March 7, 2012

Wanita .

  
Sejuk hati melihat.
Tersenyum sendiri.
Pandangan melekat.
Aku bila lah lagi.


Indahnya wanita yang betul-betul menutup aurat.



 

Monday, March 5, 2012

Final Semester .

 

Aku dah kat Dungun sekarang.
Bermulalah fasa 'Hidup segan, mati tak mahu."
Hah?  

Hmm k bye.



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......