Search This Blog

Showing posts with label entri rindu. Show all posts
Showing posts with label entri rindu. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Dia . 5

   
Hari ni ulangtahun kelahiran dia yang aku rindui.
Sudah 27 tahun.  Semoga hidupnya sentiasa diberkati.
Walaupun jauh dari kami.
Aku yakin, Allah sahaja yang mengerti.
Segala percaturan ini.


Selamat ulangtahun kelahiran dia yang aku rindu.
Aku cuba kuat selalu tapi air mata deras bila teringatkanmu.
Sungguh aku berdoa, suatu hari kita dapat bertemu.


Ya Allah, aku betul-betul rindu.




  

Wednesday, March 28, 2012

Dia . 4

Aku rindu dia.


Waktu aku darjah tiga, dia tingkatan tiga.
Kami dihantar ke pusat tuisyen yang sama.
Selang kelas hanya satu atau dua.
Dia ni jenis cukup suka bergembira.


Satu hari cikgu dia panggil aku.
Tanya dia datang tak hari tu.
Aneh sebab memang dia datang dengan aku.
Cuma rupanya dia ponteng ke mana aku tak tahu.


Aku rindu dia.

Tuesday, March 27, 2012

Dia . 3

 
Aku rindu dia.


Aku ingat lagi waktu aku pulang dari tadika.
Mak duduk di kaki katil, teresak.
Aku pulang dengan gembira bertukar keliru.

Aku salam mak.  
Dengan lelehan air mata mak pegang tanganku, kemas.
Mak pohon jangan tipu mak, jangan lukakan hati mak.

Aku tak mengerti.

Rupanya ada kaitan dengan dia yang aku rindui.
Dia sedang menuntut di darjah 6 ketika itu.
Aku ingat lagi.


Dan ternyata, aku masih rindu dia.



 

Sunday, March 25, 2012

Dia . 2

 
Aku rindu dia.


Kakakku bercerita,
dia memang suka mengusik adik perempuan pertamanya,
usikan yang seringkali menaikkan kemarahan abg sulung mereka,
maklumlah, setelah bertahun lamanya baru dapat berlainan jantina,
adik perempuan yang seorang itu terlalu dimanja,
usikan dia setiap kali tak mungkin dilupa,
rimas, tapi sayang itu tandanya.


Aku rindu dia.



 

Saturday, March 24, 2012

Dia .

 
Aku rindu dia.


Aku ingat lagi setiap kali aku lihat gambarnya,
aku tertawa,
rambutnya . . .

Persis gulungan rambut palsu tuan hakim.


Aku rindu dia.

Wednesday, March 21, 2012

Tudung .

SubhanAllah.  Sesungguhnya aku cukup ingat mimpi yang hadir dalam tidur sebelum berkumandang azan Subuh tadi.  Adakah itu petanda?  Atau sekadar mainan tidur untuk mengejutkan aku dari lena?  Tidak kira apa sebab kehadirannya sekalipun aku cukup berharap Allah sentiasa menerima taubatku dan membuka pintu hatiku beransur menjadi seorang muslimah sejati.


 

Aku mimpi membeli tudung labuh persis kepunyaan ibu.  Tetapi sembunyi, segan jika ada yang tahu.  Tudung itu cantik, lembut berwarna biru.  Ya Allah, sesungguhnya aku mahu :')

Ibu, wanita 'besi' yg manis.


 

Sunday, March 11, 2012

Dear future husband,

 
Yusry bin Samsuri specifically (insyaAllah),
here's a du'a for you, for me, & for the both of us.


"O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!
"
 


Also copied from ILoveAllaah.com page on Facebook :)



  
 

Saturday, November 26, 2011

The significant other, insyaAllah .

Aku syukur ya Allah.

Jika dia adalah jodohku dekatkanlah hati kami ya Allah.  Jauhkanlah hubungan kami dari kemaksiatan ya Allah.  Berkatilah kami ya Allah.  Lindungilah dia ya Allah. Sesungguhnya aku berdoa dialah teman sehidup sematiku ya Allah.

Subhanallah terima kasih ya Allah.


Ps.  Mungkin ramai yang tak mengerti, apa manisnya link yang diletakkan di sini, cuma lagu itu menyimpul makna antara kami.


  

Monday, November 21, 2011

Mari bercerita .

   
Orang malas memang macam ni.  Walaupun esok ada 2 ujian, 1 kuiz, dan 1 pembentangan, diri masih tegar melayari internet dengan penuh bangga.  Markah tak seberapa baru tahu nak mengadu kat bunda -____-"


Takpa la, sikit-sikit saja ni.  Sikit saja nak cerita.  Marilah, marilah bacaaaa *hasut*


Aku baru praktikal dalaman itu hari kat ULPKP (sila rujuk nama penuh pada previous post) selama 3 hari.  Hari terakhir baru diberikan sedikit tugasan menaip.  Kebanyakan masa aku guna untuk layan 9gag dan membuat nota *ehem* .  Mari mari, mari tengok gambar orang gedik :D




Kenapa hari kedua tiada gambar sesetengah daripada anda mungkin bertanya (some of you may ask) ?  Hari kedua praktikal aku jatuh pada hari Khamis, 17 November 2011 di mana pada tarikh tersebut aku dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk mengendalikan satu acara explorace yang diberi nama Envi-Hunt.  Maka, sepanjang hari pada tarikh tersebut aku tak dapat punch card masuk pejabat lah.  Pfftt.  Mana ada kena punch card pun >.<


Cerita seterusnya:
Mari ikuti sesi balasan SMS aku bersama abang dan kakak tersayang :')  *sob sob*


Ahad, 20/11/11, 10:06 pagi  (AKU)
"Kt shh alm?  Anta gmbr aisyah plz.  Boring laaaa prktikal kt ofis ni"


Ahad, 20/11/11, 11:27 pagi  (UDA)


"Sori x bls.aisyh tdo.gmba latest"



Ahad, 20/11/11, 11:28 pagi  (AKU)
"Fuiyo muka bdk bijak!  K thanks, hehe"

*dalam hati, menangissss*



Isnin, 21/11/11, 10:23 pagi  (KAK NGAH)


"W/pun demam, tetap tdo penuh b'gaya.. :-) "


Isnin, 21/11/11, 12:09 tengahari  (AKU)
"Bila rsult scan dia kuar?  Ni yg nk blk ni.  Tp byk keje :'( "


Isnin, 21/11/11, 12:35 tengahari  (KAK NGAH)
"Rabu ni nk g jmp Dr lg..discuss hasil scan..kalau rasa2 keje xleh siap, byk masa t'buang kt jln..xpyh la blk dulu..nnt keje xsettle, lg gelabah xtenang nk study"


*menangisssss lagi !*


Ada sesiapa faham perasaan aku sekarang?  Oh jeritan batinku .



Ps.  Aku kena saman sebab memarkir kenderaan di kawasan larangan iaitu parkir staf walaupun tak sampai 45 minit.  Ok yang ini aku tak nak nangis.


 

Sunday, November 20, 2011

Selamat pagi !

 
Selamat berpraktikal di Unit Latihan Pembangunan & Kepimpinan Pelajar hari yang terakhir Nurdiyanah.


Awesome kids, Cik Yana misses you guys.


Notice the youngest + smallest among three?  Yeah, she's playing with a gadget alright -___-"


  
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......