Search This Blog

Friday, August 26, 2011

Hijrah .




Lokasi:  Kedai menjual pakaian dan tudung (Cititrend, Plaza Shah Alam)
Tarikh:  22 Ogos 2011 (Isnin)

Situasi:

AKU:  *belek-belek tudung*


- - - - terdengar perbualan - - - -


APEKYou mau tudung macamana?

MAKCIK:  Yang macam saya pakai ni la.  *tunjuk tudung sarung awning*

APEK:  Ha ok, mau saiz apa?

MAKCIK:  Ala tak tau la, saiz macam ni la saya biasa pakai. *tunjuk tudung sarung awning paras atas dada*

APEK:  Oh itu macam punya ka?  *cari-cari saiz*

MAKCIK:  Erm, saiz S je la S pun boleh.

APEK:  Haiyo, S tak boleh la banyak kecik singkat.

MAKCIK *nada berubah seakan malu*  Erm.  Saiz dia macamana ni sebenarnya ikut saiz muka ke apa?

APEK:  Saiz muka sama saja.  Labuh lain.


- - - - berhenti eavesdropping - - - -


AKU*senyum berlalu pergi*


Gambar hiasan.  Tapi dia ni memang suka pakai tudung atas dada ek?


Entah kenapa.  Aku rasa cukup segan masa tu.  Terlalu segan.  Aku akui aku jauh sekali daripada baik sepenuhnya akhlak tetapi situasi yang berlaku depan mata itu cukup membuat aku terkesan.  Seorang insan bukan beragama Islam boleh mengenalpasti singkatnya tudung itu jika dipakai oleh wanita itu, mengapa bukan dirinya sendiri?  Ada juga terlintas di fikiran jahatku ini,

"Ya Allah tak sedar dirinya mak cik ni.  Aku pun tak pernah pakai S.  Dah tua-tua bawak la bertaubat pakai tudung labuh"

Kenapa kita cukup susah nak ikut perintah Allah?  Adakah kita jahil atau terlalu mengambil mudah?  Nak bergaya tak salah malahan Allah s.w.t. sukakan kecantikan tetapi . . . mungkin cantik itu disalaherti masyarakat kini. 


Aku sedih dan risau fikirkan bila masanya untuk aku berubah, untuk berhijrah.  Pemikiran, akhlak, budi bahasa, sikap, percakapan, pergaulan, pemakaian.  Dari mana harus aku mula?  Aku keluar rumah dengan tudung paras atas dada, kasihan ayah aku, abang-abang dan adik lelaki.  Kalau dah bersuami?  Begitu juga, dia yang harus menanggung. 


Aku sentiasa berdoa segera diberi kekuatan untuk berubah.  Lebih-lebih lagi mengubah tahap kesabaranku :)


Sebagai panduan bersama.  Kita dah tahu, cuma tak mahu.  Kan?


 

Wednesday, August 17, 2011

Ouch, anyone?


  
Let's do some math today.  Yeay!


Harga rokok:  RM 10 (sekotak) x 1 hari
Jumlah tahunan:  RM 10 x 365 hari = RM 3,650
Tempoh merokok:  RM 3,650 x 5 tahun = RM 18,250


Maka, orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar.


Aiyok, tak tau!
    

Saturday, August 13, 2011

Thursday, August 11, 2011

Your choice.



 

Now we have lives of our own.
You take care of yours.
I'll mind mine.


  

 
 

Monday, August 8, 2011

Advanced Birthday Celebration.

This entry focuses on my niece, Nur 'Aisyah Raihana binti Muhammad Fairuz.

'Aisyah's 4th birthday will fall on Tuesday the 9th of August. Since everyone will be working & off to school & classes, we decided to celebrate her birthday in advance yesterday, after Tarawih :)

Special thanks to Mak for the cake sponsor & the awesome family members for their cooperation & cool ideas!  And not to forget Kak Norazrina Ismail for the wonderful cake :D



Enjoy the photos (pardon me, they are not in chronological order - too lazy to rearrange).  I've uploaded more on my Facebook account but only open for members of my friend list.





Rainbow cake - Flavor: Butter cake with strawberry cream cheese filling - Theme: Up movie.



'Aisyah on icing.

Our birthday girl blowing out her candles.



"Oh my, her head's gone!"  T_T

"Ini sangat sedap.  Mari makan"



Lepak-lepak with Adik 'Ain lepas makan.



Potong kek dengan Abah.

'Aisyah, in front of her home ;p


Om nom nom nom.  Gigit kaki sendiri.  Hehe


Kakak adik macam sebaya.  Muahaha
So, that was all.  Thanks for reading / viewing!  :)



 

Saturday, August 6, 2011

Blog ?



   

 
Aku rasa dunia blogging dah kurang sengatnya sebab kurang ikhlas ahlinya.  Orang lagi berlumba nak tambah follower dan penulisan bukan datang dari jiwa.  Bertukar link lebih kepada tujuan untuk berbangga.

Entah, mungkin aku yang kolot orangnya.



  
  

Friday, August 5, 2011

Saya Anggun Berbaju Kurung

Contest lagi contest lagi mari mari join lagi.
Sejak diperkenalkan dengan contest & giveaway lah apa bagai semua oleh Ain Syazwani kadang-kadang tu rajin je nak masuk pertandingan blogger-blogger rajin lagi kaya ni buat.  Hehe.  Tu pun kalau ada kelapangan & contest tu menarik la  ;)


Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ni nak join contest ni ha dapat link pun dari Cik Abang Khairi Khadzir sebab dia dah join dulu.  Hehe.  Saya ni duk meniru orang je.


Nak tahu cara nak join contest ni dan syarat-syarat serta panduannya?  (acehhh)  Klik banner bawah ni:


Comel pula kartun gadis ni.


Gambar yang nak dipertaruhkan kononnya adalah yang ini:

Err, kurung moden pun diterima kan?  Hehe.


Cerita di sebalik gambar ni ek?  Erm gambar ni diambil selepas selesai sudah majlis makan malam program saya [OM221 - Bach. in Office Systems Management (Hons.)] di Dewan Bidara, Hotel UiTM Terengganu di Dungun.  Saja taruk gambar ni feeling feeling rindu zaman badan maintain okay lagi sekarang dah macam tong dram pun ada T_T  Sayu hati ni tau.  HAHA.  Majlis makan malam tu sangat seronok sebab masa tu akhirnya dapat bergambar dengan abang senior saya dah crush setahun lebih dah!  Hehe.  Gatal memang gatal tapi lepas daripada tu la boleh kenal dia agak rapat then tau dia pun memang gatal orangnya so saya hampa so saya berhenti suka dia.  Dah macam cerita apa la pulak ni -___-"


Secara jujurnya tak begitu mengharap nak menang.  Cuma macam best je share gambar pakai baju kurung ni yang rata-rata anak gadis kita sekarang susah nak jadikan pakaian harian kan?  :)  Comel contest ni, hehe.  Lagipun saja-saja bosan ni sementara nak pergi ke dapur kejap lagi siapkan juadah berbuka (macam la sendiri masak).  Kalau ada rezeki nak menang, Alhamdulillah.  Untung-untung dapat topap boleh calling calling cinta hati.  Pfft


Selamat berbuka semua!

Ps.  Kesayanganku Ain Syazwani, mari bertanding bersama?  ;D

Stop stalking .

Nurdiyanah binti Md Yunus,

PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PLEASE STOP STALKING PRETTY PLEASE PLEASE PLEASE AND STOP FEELING SO ENVIOUS AND JEALOUS OF OTHER COUPLES STOP FEELING SO ENVIOUS AND JEALOUS OF OTHER COUPLES STOP FEELING SO ENVIOUS AND JEALOUS OF OTHER COUPLES STOP FEELING SO ENVIOUS AND JEALOUS OF OTHER COUPLES STOP FEELING SO ENVIOUS AND JEALOUS OF OTHER COUPLES STOP FEELING SO ENVIOUS AND JEALOUS OF OTHER COUPLES PLEASE PLEASE PLEASE !


IT'S NOT OKAY EVEN IF IT'S YOU BOYFRIEND'S PROFILE NO NO NO NO NO NO IT'S NOT OKAY AND STOP FEELING INSECURE WHEN HE'S BEING NICE TO OTHER WOMAN PLEASE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP FEELING INSECURE STOP STOP STOP !


Source:  Google.


Oh but wait, it's socially acceptable~  Let me just view that profile one more time.


ARGHHHH !  NO NO NO !


Ok, the couples?  They are just a bunch of show-offs.  They like to get attention.  They feel proud when people know they are currently in a relationship.  They like it when people compliment their loving attitude towards one another.  Usually those kinds of relationship won't last, God forbid.  

It's better not to announce your uncertain relationship to everyone.  We do not know what's ahead of us.  Whether that person is our other half or soul mate or significant other or not, we just never know.  I'll just have to keep reminding this to myself too.  


My boyfriend?  Oh well maybe she's just his old school mate or something.  And that he's just sharing his opinion.  Or he's just being polite.  And that I have to remember that he's a very friendly person.  Or he likes that woman.  Or his feelings changed.  Or he found someone new.  Or he got tired and bored with me.  Or he doesn't feel that I'm important to him anymore.  

NO DIYANAH NO !  STOP TAKING THINGS SO NEGATIVELY STOP STOP STOP !  HE LOVES YOU (yeah right) WITH ALL HIS HEART !  HE WON'T GO TO SOMEONE ELSE NO NO HE WON'T NOT EVEN AFTER YOU GUYS ARE MARRIEDHE'LL LOVE YOU TILL DEATH DO BOTH OF YOU PART !  

Hmm, okay.  As if.


Next time someone asks me why did I stalk his / her profile:

Hehe ;)
Source:  Google.


  
I really have to stop doing it.  Have to


  

Thursday, August 4, 2011

Malu . Segan . Rugi

Bismillahirrahmanirrahim.

Ehem.  Permulaan dah baik, well I think I'll just cut to the chase.


Seperti yang semua sedia maklum, umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Apa yang cukup menghampakan saya adalah mentaliti, tabiat serta perangai kebanyakan rakan-rakan di laman Facebook saya.  Antara perkara yang terlibat adalah:

  • Tabiat menunjuk-nunjuk macam dia seorang pergi Tarawih
  • Tidak semena menjadi hipokrit
  • Berperangai kebudak-budakan dengan mengadu lapar, letih dsb.
  • Mengira jam sehingga waktu berbuka (adik saya darjah 5 pun tak buat)
  • Puasa tak sampai seminggu sibuk menghitung Hari Raya
  • Tidak sabar menunggu saat perginya Ramadhan
  • Keluh kesah berduka cita tak kira masa (ini bulan-bulan lain pun ada)
  • Mencarut bagai nak gila tapi tup-tup di pengakhiran mesti nak tulis "aihh, kurang pahala puasa aku" (dah tahu masih cakap merapu)
  • Habis juadah berbuka sahur semua nak cerita.  Dulu breakfast, lunch, dinner takda pula?
  • Waktu Tarawih sibuk ajak orang jemaah.  Walhal solat fardhu pun akhir-akhir waktu
  • Wanita yang seronok tidak perlu berpuasa kerana 'cuti bulanan' ditokok pula dengan kebanggaan boleh makan Maggi dan minum Nescafe di siang hari dengan harapan mendapat respond 'lucu' dan 'prihatin' dari rakan sosial terutama dari golongan kaum Adam (penambahan idea daripada Ain Syazwani, thanks)

+ + + You name the rest


Attitude seperti ini perlu diubah.  Kalau dah sepanjang 11 bulan saya tengok awak berperangai / berpakaian seperti 'apa' di Facebook, jangan tiba-tiba orang tak pergi Tarawih awak mula memaki menyindir bagai.  Mungkin ya, mungkin awak telah berubah ke arah yang lebih baik di bulan yang mulia ini syukur Alhamdulillah jika benar tetapi dalam masa yang sama awak terus-menerus menggunakan bahasa kasar dan mencaci maki di laman sosial berkenaan tu apa cerita pula?  Kalah main game pun habis dicarut-carutkannya.  Malu sendiri.


Rasa nak hide saja semua post seorang rakan di laman itu yang tak habis-habis penuh keluh kesahnya ditambah pula dengan kesedihan melampau kononnya tak dapat menahan lapar persis anak-anak malang di Bosnia Herzegovina.  "Yes, 4 jam je lagi!"  Itu sibuk dikiranya.  Benar bidasan status rakan saya Liyana Othman; "umoq da 21thn posa still dok mngadu lapaq aku xtaw la mak bapak ang ajaq apa slama nih."

Ya, mungkin agak kasar apabila ibu bapa disentuh di situ tetapi saya faham pengertiannya.  Tak pernah terlintas rasa malu kah badan sebesar gajah masih mahu merungut kelaparan di bulan yang sememangnya diwajibkan berpuasa?  Tak dapat dinafikan kadangkala perut ini tewas juga dengan mendendangkan bunyi gendang, rebab, rebana tetapi sangat tak perlu untuk memalukan diri dengan memaklumkan semua.  Malu sendiri.


Saya juga gusar mereka yang sering mencanang ingin pergi atau kepulangan daripada Tarawih berjemaah di masjid atau surau melalui statusnya ada sifat riak, bangga diri dan takabur.   Apa ertinya lagi ibadah yang dilakukan apabila ikhlas diselubungi sifat mazmumah yang disebutkan?  Rugi sendiri.


Kan Ramadhan dituntut dilebihkan amal memandangkan segala ibadah kita pahalanya digandakan.  Memang saya mengaku ibadah saya pun tak banyak mana tapi saya sedar akan hakikat betapa indah, bermanfaat, magis, dan mulianya bulan Ramadhan dan tak sanggup hendak saya menghitung hari untuk meninggalkan.  Ini rata-rata ramai yang lebih 'memandang ke hadapan' sehingga tamatnya tempoh sebulan biar pun amal ibadah ditinggal-tinggalkan.  Rugi sendiri.


Sumber:  emostyles2011.blogspot.com


Maaf andai entri yang saya anggap berbaur teguran disalah erti dan dianggap kasar penulisannya.  Tiada manusia yang sempurna lebih-lebih lagi saya.

Jom, berpuasa dari makan minum, puasa telinga, mata, dan mulut?  ;)  InsyaAllah.

Salam.

Autoplay.

JANGAN LETAK LAGU AUTOPLAY DEKAT BLOG OR BETTER YET, JANGAN LETAK TERUS THIS IS BASIC RULE, TAKKAN TAK TAU.  PEOPLE VIEW YOUR BLOG TO READ YOUR ENTRIES, NOT TO DANCE TO THOSE TUNES.  YES, TAK DAPAT DINAFIKAN YANG MAYBE LAGU TU BEST BUT NO THANK YOU I GOT MY OWN PLAYLIST TURNED ON!


Please, no hard feelings.  I'm saying this for your own greater good.  No lie.  No, I'm not only referring to one particular blog but tons of them!  And no, I'm not jealous of you for God's sake.  If your entries are interesting enough, you don't need any songs to 'brighten up' your readers' mood.  So be confident with yourself.  And LEARN TO SPELL, PEOPLE!  Thanks.


Am I being clear enough?

Wednesday, August 3, 2011

May never come back,

   
"She will chase you around for awhile; but there's going to be a day when she's gonna stop running in circles around you.  She's going to get over you and at that very moment, you're going to wish you had let her catch you."

Source:  Google.


  

.

 
 
"Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Not from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him."


Source:  Google.


   

Hati.


 
   

Hati sering dipijak berkecai jua.
Dibuat tak endah merajuk dia.

Jangan berbaik bila perlukan.
Dibuang bila sendiri tak keruan.

Usah dituduh dia bersalah.
Saat dia mula mengalah.

Jangan berpanjangan kau begitu.
Dia berubah tak siapa tahu.

Pandai-pandai menjaga hati.
Hati orang, hati sendiri.

 
Ps.  Hormat, sangat penting.  Bersabarlah hati


   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......