Search This Blog

Showing posts with label entri banyak dosa. Show all posts
Showing posts with label entri banyak dosa. Show all posts

Friday, August 3, 2012

When you just can't be selfish anymore,

 
What if things proceed the way they are?  What's going to happen to me?  My dreams?  My hopes?  My future career?  My life?  My everything?  Will the November milestone do me any good?  :')



Allah is always fair, no doubt.



 

Friday, June 8, 2012

No ?

What's the use of acting all angelic liddat on Facebook but not on any other social networking sites such as TWITTER?  You can make your profile or tweets or whatever those shits are called private but you can never hide the truth behind that extravagantly fake innocent expressions of yours.


Anddddddd . . . I know you guys will be reading this, so yeah :)  Bulls .



 

Friday, May 4, 2012

Jujur .

Jujur aku belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Banyak mazmumah dari mahmudah nya diri aku ni.
Sering aku berkira-kira mahu kah untuk teruskan.
Atau biarkan hubungan kami terus begini.


Biarpun peramah aku tahu aku seorang yang pemarah.
Cepat melenting orang sekeliling pun pening.
Menerima sindiran bukan sesuatu yang mudah.
Mula lah senyuman pun jadi kering.


Tak tahu nasihat siapa dan dari segi apa yang aku perlukan.  Aku sendiri sedar kalau sikap ni berterusan rumahtangga yang bakal aku bina dengan yang tersayang akan mudah goyah.  Cuma aku percaya aku berhak untuk berperasaan tidak puas hati terhadap sesetangah perkara yang mereka aturkan.  Perkara yang mudah banyak jadi payah.  


Aku berperang dengan diri sendiri.  Konflik dan keadaan aku, sedikit sebanyak mengganggu emosi aku.  Perkara ni seakan jadi beban untuk aku bahagikan masa antara elemen-elemen penentu masa depan; pelajaran dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Menipu seandainya aku katakan yang aku yakin aku betul-betul mampu.




Dan aku tak mahu mula dari segi pengetahuan agama dan pemakaianku.  Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu.


Ps.  Aku tak hadap duit orang yang rasa bagus dan tak reti hormat orang lain.  Thanks, but no . .  no thanks ! (serius takda kaitan)

Sunday, March 25, 2012

Lamar? Pfftt

 
 
Ya Allah, sesungguhnya aku cukup meluat dengan update status dan share berita ke gosip ke video ke pasal lamaran Awal Ashaari kepada Scha Al-Yahya secara live.  Yang dikecohkan antaranya pilihan ayat yang sweet kononnya oleh Awal something like "Sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?"  Trust me, I don't know sebab aku tak tengok video ke hape ke yang orang suruh aku tengok.  Ni pun sebab ada member update status.  Lucu kan?  Halal?  Apa definition halal bagi dia?  Hmm . . .


Sebab apa aku meluat?  Hmm . . .  Jeles?  Bukan.  Cemburu?  Bukan.  Dengki?  Bukan.  Benci?  Pun bukan.


Antaranya sebabnya adalah kita tahu diorang tu kapel dah lama.  Pegang-pegang benda biasa.  Pergi cuti sama-sama.  Laga pipi wajib ada.  So?  Fikirlah sendiri.  Lamar macam tu pun kan dah macam style orang kafir.  Mana pergi Islam sebagai ad-Din?  Susah kalau dah way of life pun memang dah ikut budaya orang sana.  It's about time pun they get married.  Kalau dia lamar cakap camni baru aku respect, "Sudikah you nikah dengan I sesudah kita bertaubat supaya kita sama-sama dapat mengurangkan dosa yang banyak kita lakukan selama ini?"  HA HA HA !


Dulik apa aku orang nak cakap aku kolot, akal sempit, poyo etc. etc.  Sebab ini memang pandangan tulus dan jujur aku.  Bagi aku, mentaliti masyarakat kita dah tahap kritikal lagi sadis sesadis sadisnya.  Rasa nak penampar semua yang cakap "untungnya Scha", "sweetnya Awal", "bestnya orang lamar camtu", blah blah blah statement perempuan-perempuan gedik seantero dunia.


Tak macho langsung.  Asal tak upload video Awal pergi jumpa bapak Scha tu dari awal berkawan ke mintak kebenaran ke hape?  Tu baru definisi sweet bagi aku.  Haa apa apa?!  Nak cakap kolot lagi la tu.  Argh


Dah dah, tak payah nak kutuk-kutuk bengang emo dengan aku.  Benda ni sangat general.  Sebab dalam satu hari ramai sangat post benda-benda bodoh tu.  Kacau mood.  Nak get off of Facebook tak mampu.  Hmph



 
 

Thursday, March 15, 2012

Spontan ?

 

Perbualan sebenar pada hari Rabu, 14/03/12.  Dialog tidaklah sebijik sebijan tapi seakan-akan.


 
 MUNIRA Kenapa muka kau, bibir kau nampak pucat?


DIYANAH:  Entah la.  Kau tak tau ke aku ada simptom penyakit membawa maut?


MUNIRA Apa dia?


DIYANAH Hidup.  Setiap yang hidup kan mesti mati.



Laju mulut menutur kata.  Bersediakah aku sebenarnya?


  
 

Monday, January 23, 2012

Cancer .




Had a recent loss in the family. My aunt (dad's little sister), fought cancer until her last days. She's someone who made a huge impact in most of our lives. She's friendly, funny, cheerful, and all those sorts of heartwarming criteria a person could have.


To be honest, I really do not know how to put this together. How her loss has made me think, ponder, about so many things. How long could anyone of us live? No one could tell right? How did we treat the most precious lives that have been bestowed upon us? Have we filled them with ibadah and all or are we still not aware that these are all temporary? The hereafter is what's real, what's permanent, what have been promised, what's coming . .  soon enough.  Are we ready? Astaghfirullah al'azim, because only He knows that I'm not ready. I'm trying but . . oh well, humans. With all sorts of excuses. Let's pray to be better slaves to the Almighty, Allah s.w.t.



Their family portrait during the last Raya celebration.



What I faced are nothing compared to the struggles my cousins went through.  The deceased left 3 children; the eldest is married, a woman, & a man just my age.  Hope they'll always be strong.  They are currently taking care of our grandmother in Melaka.  May their good deeds come with sincerity and they will be rewarded insyaAllah.

  
Oh btw, I watched the 50/50 movie.  Truly inspiring and heartwarming.  Made me cry :')  Learn to appreciate, people .


Ps.  Al-Fatihah for the late Hajah Salmiah binti Hj. Md Said.

  

Thursday, September 29, 2011

P u t u s .

Kotornya jiwa aku.  Mana boleh tengok pasangan bercinta berselisih dan harap hubungan itu takkan pulih.  Mana boleh mana boleh.  Tak boleh tak boleh.


Busuknya hati aku.  Mana boleh tengok mereka bermasam muka dan mengharapkan hubungan itu tak berjaya.  Mana boleh mana boleh.  Tak boleh tak boleh. 


Wanita terlalu mencuba, jejaka terlalu berbangga.  Aku jadi tak suka.


Tapi kan kecewa kalau ada mengharap yang sama tentang hubungan kita.
Buang perasaan itu Dyana, buang semuanya.



  

Saturday, September 3, 2011

This eid.



 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.



Ps Bersabarlah yang membenci.  8 hari lagi aku pergi

  

   

Friday, August 26, 2011

Hijrah .




Lokasi:  Kedai menjual pakaian dan tudung (Cititrend, Plaza Shah Alam)
Tarikh:  22 Ogos 2011 (Isnin)

Situasi:

AKU:  *belek-belek tudung*


- - - - terdengar perbualan - - - -


APEKYou mau tudung macamana?

MAKCIK:  Yang macam saya pakai ni la.  *tunjuk tudung sarung awning*

APEK:  Ha ok, mau saiz apa?

MAKCIK:  Ala tak tau la, saiz macam ni la saya biasa pakai. *tunjuk tudung sarung awning paras atas dada*

APEK:  Oh itu macam punya ka?  *cari-cari saiz*

MAKCIK:  Erm, saiz S je la S pun boleh.

APEK:  Haiyo, S tak boleh la banyak kecik singkat.

MAKCIK *nada berubah seakan malu*  Erm.  Saiz dia macamana ni sebenarnya ikut saiz muka ke apa?

APEK:  Saiz muka sama saja.  Labuh lain.


- - - - berhenti eavesdropping - - - -


AKU*senyum berlalu pergi*


Gambar hiasan.  Tapi dia ni memang suka pakai tudung atas dada ek?


Entah kenapa.  Aku rasa cukup segan masa tu.  Terlalu segan.  Aku akui aku jauh sekali daripada baik sepenuhnya akhlak tetapi situasi yang berlaku depan mata itu cukup membuat aku terkesan.  Seorang insan bukan beragama Islam boleh mengenalpasti singkatnya tudung itu jika dipakai oleh wanita itu, mengapa bukan dirinya sendiri?  Ada juga terlintas di fikiran jahatku ini,

"Ya Allah tak sedar dirinya mak cik ni.  Aku pun tak pernah pakai S.  Dah tua-tua bawak la bertaubat pakai tudung labuh"

Kenapa kita cukup susah nak ikut perintah Allah?  Adakah kita jahil atau terlalu mengambil mudah?  Nak bergaya tak salah malahan Allah s.w.t. sukakan kecantikan tetapi . . . mungkin cantik itu disalaherti masyarakat kini. 


Aku sedih dan risau fikirkan bila masanya untuk aku berubah, untuk berhijrah.  Pemikiran, akhlak, budi bahasa, sikap, percakapan, pergaulan, pemakaian.  Dari mana harus aku mula?  Aku keluar rumah dengan tudung paras atas dada, kasihan ayah aku, abang-abang dan adik lelaki.  Kalau dah bersuami?  Begitu juga, dia yang harus menanggung. 


Aku sentiasa berdoa segera diberi kekuatan untuk berubah.  Lebih-lebih lagi mengubah tahap kesabaranku :)


Sebagai panduan bersama.  Kita dah tahu, cuma tak mahu.  Kan?


 

Thursday, August 4, 2011

Malu . Segan . Rugi

Bismillahirrahmanirrahim.

Ehem.  Permulaan dah baik, well I think I'll just cut to the chase.


Seperti yang semua sedia maklum, umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Apa yang cukup menghampakan saya adalah mentaliti, tabiat serta perangai kebanyakan rakan-rakan di laman Facebook saya.  Antara perkara yang terlibat adalah:

  • Tabiat menunjuk-nunjuk macam dia seorang pergi Tarawih
  • Tidak semena menjadi hipokrit
  • Berperangai kebudak-budakan dengan mengadu lapar, letih dsb.
  • Mengira jam sehingga waktu berbuka (adik saya darjah 5 pun tak buat)
  • Puasa tak sampai seminggu sibuk menghitung Hari Raya
  • Tidak sabar menunggu saat perginya Ramadhan
  • Keluh kesah berduka cita tak kira masa (ini bulan-bulan lain pun ada)
  • Mencarut bagai nak gila tapi tup-tup di pengakhiran mesti nak tulis "aihh, kurang pahala puasa aku" (dah tahu masih cakap merapu)
  • Habis juadah berbuka sahur semua nak cerita.  Dulu breakfast, lunch, dinner takda pula?
  • Waktu Tarawih sibuk ajak orang jemaah.  Walhal solat fardhu pun akhir-akhir waktu
  • Wanita yang seronok tidak perlu berpuasa kerana 'cuti bulanan' ditokok pula dengan kebanggaan boleh makan Maggi dan minum Nescafe di siang hari dengan harapan mendapat respond 'lucu' dan 'prihatin' dari rakan sosial terutama dari golongan kaum Adam (penambahan idea daripada Ain Syazwani, thanks)

+ + + You name the rest


Attitude seperti ini perlu diubah.  Kalau dah sepanjang 11 bulan saya tengok awak berperangai / berpakaian seperti 'apa' di Facebook, jangan tiba-tiba orang tak pergi Tarawih awak mula memaki menyindir bagai.  Mungkin ya, mungkin awak telah berubah ke arah yang lebih baik di bulan yang mulia ini syukur Alhamdulillah jika benar tetapi dalam masa yang sama awak terus-menerus menggunakan bahasa kasar dan mencaci maki di laman sosial berkenaan tu apa cerita pula?  Kalah main game pun habis dicarut-carutkannya.  Malu sendiri.


Rasa nak hide saja semua post seorang rakan di laman itu yang tak habis-habis penuh keluh kesahnya ditambah pula dengan kesedihan melampau kononnya tak dapat menahan lapar persis anak-anak malang di Bosnia Herzegovina.  "Yes, 4 jam je lagi!"  Itu sibuk dikiranya.  Benar bidasan status rakan saya Liyana Othman; "umoq da 21thn posa still dok mngadu lapaq aku xtaw la mak bapak ang ajaq apa slama nih."

Ya, mungkin agak kasar apabila ibu bapa disentuh di situ tetapi saya faham pengertiannya.  Tak pernah terlintas rasa malu kah badan sebesar gajah masih mahu merungut kelaparan di bulan yang sememangnya diwajibkan berpuasa?  Tak dapat dinafikan kadangkala perut ini tewas juga dengan mendendangkan bunyi gendang, rebab, rebana tetapi sangat tak perlu untuk memalukan diri dengan memaklumkan semua.  Malu sendiri.


Saya juga gusar mereka yang sering mencanang ingin pergi atau kepulangan daripada Tarawih berjemaah di masjid atau surau melalui statusnya ada sifat riak, bangga diri dan takabur.   Apa ertinya lagi ibadah yang dilakukan apabila ikhlas diselubungi sifat mazmumah yang disebutkan?  Rugi sendiri.


Kan Ramadhan dituntut dilebihkan amal memandangkan segala ibadah kita pahalanya digandakan.  Memang saya mengaku ibadah saya pun tak banyak mana tapi saya sedar akan hakikat betapa indah, bermanfaat, magis, dan mulianya bulan Ramadhan dan tak sanggup hendak saya menghitung hari untuk meninggalkan.  Ini rata-rata ramai yang lebih 'memandang ke hadapan' sehingga tamatnya tempoh sebulan biar pun amal ibadah ditinggal-tinggalkan.  Rugi sendiri.


Sumber:  emostyles2011.blogspot.com


Maaf andai entri yang saya anggap berbaur teguran disalah erti dan dianggap kasar penulisannya.  Tiada manusia yang sempurna lebih-lebih lagi saya.

Jom, berpuasa dari makan minum, puasa telinga, mata, dan mulut?  ;)  InsyaAllah.

Salam.

Friday, July 22, 2011

I Miss You.

Sedih bila dah hampir 3 hari terlantar.  Bukan sakit yang buat sedih.  Bukan letih yang buat jerih.  Cuma rindu melayan kerenah si kecil yang tak pernah lelah dengan macam-macam telatah. 


Nur'ain Hanisah.

Oh Tuhan, segera sembuhkanlah daku.

Thursday, July 14, 2011

. . . .

 
   
Kau pijak maruah diriku, kau langkah egoku, kau tendang tepi rasa hormat terhadapku, kau hina diriku, kau uji kesabaranku, kau paparkan seakan teruknya aku, kau layan aku bagaikan aku tiada perasaan.
 
Allah itu adil saudaraku, kerana iman di dada, aku masih bertahan.  Kerana penilaianmu terhadapku, tiada tandingan dengan penilaian Allah kekasih sejatiku. Kerana itu aku tutup mata, telankan sahaja.
- A Facebook Friend, Fatima Zul.
 
Well said o' friend.
 
 

 

Sunday, May 1, 2011

Growth & Diversification.

  

Aku masih tak faham kenapa setiap bulan majalah Remaja akan promosi blog-blog orang tak reti mengeja dan cerita hidup mereka semata!  Tsk tsk tsk, sungguh tak berkembang.  Contoh yang entah hape buat remaja.


 

Friday, March 25, 2011

Today's Lesson ;)


  
  
Mak kita cakap kan wak, mak kita ajar kannn, macam ni tau,
"Nk buat camane. Manusia. Tu sbb ada dosa pahala, syurga neraka. Sabar je."
Mak kita ingatkan kita, manusia tak semua sama.  Ada yang macam-macam jenis kepala.  Sebab tu Allah s.w.t dah janjikan dosa pahala syurga neraka untuk kita.  Jadi, kita kena la buat baik kat orang.  Orang buat tak baik kat kita pun kita tetap kena buat baik jugak, dan kita kena sabar je.
Hihi.  Iya mak, terima kasih.  Mak doa-doakanlah anak ngada-ngada mak ni :')
Mintak la hati dan jiwa Yana ni bersih dari segala hasad dengki, busuk hati, cemburu buta, dan bersih dari segala titik-titik hitam.  Yana nak hati Yana bersih dan sentiasa berbaik sangka dengan orang.  Tak nak jadi budak jahat.  Tolong ye mak?  Sayang mak!  Rindu semua orang kat rumah
Terima kasih mak.  Mak tak pernah tinggalkan Yana, walaupun mak ada ramai anak-anak ngada-ngada lain dan cucu-cucu yang menagih kasih sayang.  Hihi

Ps.  Happy Belated Birthday to sister-in-law (Yohanis David), eldest brother (Faruq Yunus), and brother-in-law (Zul Azmi).  Love you guys, happy always.

 

Monday, March 14, 2011

Note to Self.


  

  
Bangun la woi bangun ! 
Jangan syok sangat bercinta !
Jangan rasa terlalu selesa . . .

Cukup banyak kau buat dosa.
Bila lagi nak tambah pahala ?!

Jatuh sehabis baik kau sem ni.
Tolong la jangan malukan diri sendiri.

Bangun la DIYANAH bangun !

 Ingat Allah, ingat Mak dan juga Ayah.

  
 
 

Tuesday, February 15, 2011

Cramped.

 

You're giving me yet another massive mental torture, mister !
Thanks a lot.


Pfftt, emo shit.
Okay, this picture is so last year.  Trust me


To the hell with it !
Let's rope jumping a few more this evening, jyeaaah
Now that the picture uploading took forever, I don't wanna study Management of Computer Networks anymoreeeeee T_T

Pfft, sissy.


Monday, December 27, 2010

Penyatuan.

 

  
 
Benar lah manusia hanya akan kembali kepadaNya bersungguh-sungguh meminta beribadah wajib mahupun sunat sentiasa tatkala musibah menimpa.

Oh jelas aku lah dia.

Bimbinglah kami ya Allah, permudahkanlah urusan ini.

 


 

Tuesday, March 9, 2010

Poser: Bajet Amek Berat

Aku masih tercari-cari identiti yang sesuai untuk dipaparkan di medium ini.
Aku menulis bukan kerana nama.  Bukan juga kerana harta, sebab tu aku tak join Nuffnang (har har har, alasan!  padahal tak reti)

Aku berkira-kira juga, kalau-kalau pembaca lebih prefer penulisan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Secara jujurnya aku suka menulis dalam kedua-dua bahasa.  Tapi rasa menyampah pulak kalau nak tulis dalam rojak, ish.  Tak kena langsung, heh
Aku rasa apabila menulis di dalam Bahasa Inggeris segalanya tampak indah.  Kemas dan tersusun, entah mengapa.
Tapi kalau dalam Bahasa Malaysia rasa macam bertabur sahaja.  Ini barangkali berikutan silap sendiri yang suka menulis dalam bahasa pasar.

- - - - -

Biarpun hari-hari aku berdoa untuk ditambah sifat mahmudah dan dibuang sifat mazmumah, aku rasa proses transformasi itu belum lagi bermula.
Semakin hari aku semakin tegar.  Menyakitkan hati orang (padahal orang emo lebih), bercakap lepas, berimaginasi mencampak orang dibenci daripada tingkat dua, pernah mempunyai hasrat ingin membunuh orang (nauzubillah) dan seangkatan dengannya.

Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berpura-pura.   Dan semoga tidak akan terkena tekanan jiwa


Pelbagai dugaan datang melawat aku semester ini.  Subjek Akaun, Records dan lain-lain seakan menguji daya ketahanan mentalku.  Waaaah, koya lebih -___-"
Sejak beberapa hari yang lalu juga aku telah ditinggalkan keseorangan di dalam bilik.
 
Segalanya aman.  Jiwa lebih syahdu saat membaca ayat-ayat suci al-Quran.  Tenang, indah :)
Tapi semua itu sementara.  Berakhir setelah masalah dunia bertandang semula


Ya Allah Ya Tuhanku,
tabahkan lah hatiku.  Tambahkanlah keimananku, ketaqwaanku, kesabaranku dan keikhlasanku dalam segala yang dilakukan.
Janganlah kau membiarkan aku hanyut dengan hasutan syaitan-syaitan yang sering ingin menjatuhkan anak-anak Adam Ya Allah.
Hanya padaMu aku berharap.  Lindungilah aku dari segala keluh-kesah dan dukacita Ya Allah


Ibu.  Hanya ibu yang aku mahu di saat ini
Aku akan sentiasa bersyukur Ya Allah.  Aku bersyukur

Friday, November 6, 2009

Karut

Kepala blog baru di atas dan
gaya blog yang baru adalah karut.

Karut menandakan aku semakin malas.
Kepala blog yang baru tidak seberapa baru,
cuma diubah serba sedikit daripada hasil kerja yang lepas.

Karut apabila kawan-kawan mudah pergi apabila ada yang baru menemani.
Yang baru tetapi sebenarnya dahulu saja menyepi.
Memang karut tetapi tepat bahawasanya manusia senang lupa diri.
Karut semuanya.

Karut betul tatkala kesalahan tidak jelas pada yang melakukan.

Karut karut.
Benar-benar karut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......