Search This Blog

Friday, January 7, 2011

Malas @ Tak Suka?


 
Ahh, pagi-pagi nyaman burung berkicau kesejukan ni kenapa la aku tak tidur je?  Matahari pun tak nampak cahaya.  Hmm.  Niat nak jogging terpaksa dibantutkan.  Sejuk-sejuk macam ni buat hati aku pun macam ais, sombong dan tak berperikemanusiaan.  Hmph

Aku tak suka benda yang rumit.  Daripada aku layan benda rumit baik aku usahakan benda tak rumit, kan?


Contoh benda rumit 1:
Kemas meja belajar.

Contoh benda tak rumit 1:
Mengadap laptop.


Haa nampak tu, daripada susah payah sapu kulat atas meja tu baik guling-guling atas katil layan laptop yang dah takda cooler ni.  Ayah, if you're reading this, you know what to do ;p



Contoh benda rumit 2:
Mandi.

Contoh benda tak rumit 2:
Salin mana yang patut.

Aduh memang rumit betul la mandi tu bagi aku.  Dah la kena berkemban, toilet kat luar bilik pulak tu.   Baik la aku chilling je dalam bilik salin je mana patut sambil selubung selimut walaupun dah pukul 8 lebih dah.  Gila apa nak mandi hujan-hujan camni?!  Mau jadi ais darah aku.



Contoh benda rumit 3:
Layan perasaan sedih mengenang nasib.

Contoh benda tak rumit 3:
Online shopping.

Peh peh pehh, gua dah la tengah sentap ni.  Sampai off hp semalaman bagai.  Bangun pagi nak solat hampir syuruk pulak tu, pastu rasa macam bodoh je mengada-ngada nak emosi sendiri.  Ahh memang shopping terapi terbaik.  Biar la aku window shopping je pun.  Ke kau nak bagi aku duit?  Ceh, tak dapatnye non!  Merayap pergi Kerteh sedap jugak ni, pekena muvi satu!



Contoh benda rumit 4:
Jaga hati orang.

Contoh benda tak rumit 4:
Jaga hati sendiri.

Haa yang ni lu pikir ah sendiri.  Apa kejadah kita je kena mengalah.  Bosan weh



Contoh benda rumit 5:
Bukak window Mozilla Firefox banyak-banyak.

Contoh benda tak rumit 5:
Bukak tab kat satu window Mozilla Firefox banyak-banyak.

Lu orang suka yang macamana?  Bagi aku window banyak-banyak serabut.  Lantak ah nanti window aku jadi slow pun sebab bukak tab banyak sangat.  Janji ease & smooth kata orang kampung web surfing aku.  Kalau tab tu saling berkaitan kan ke lagi mudah aku nak refer sebelah-sebelah je.



Contoh benda rumit 6:
Keluar bilik tengok tv.

Contoh benda tak rumit 6:
Duduk bilik tengok muvi.

Satu hal pulak aku nak bangun dari katil 2 tilam aku ni, bukak pintu, melangkah pergi ruang tamu tu.  Lagi best aku tengok muvi yang tak pernah tengok dalam laptop ni dah peram macam jeruk.  Tak pun cari video lawak bodoh Johan & Zizan kat YouTube caro gak.



Contoh benda rumit 7:
Buang air besar.

Contoh benda tak rumit 7:
Err . . . 

Argh, dems.  Tak tahan.  Rumit ke tak kena buat jugak.  Hai, baru balik dari toilet ni :">



Contoh benda rumit 8:
Balas mesej panjang-panjang.

Contoh benda tak rumit 8:
Cukup sekadar menjawab soalan.

HAHAH, okay ini jahat gila -_-"  Takda mood la bro.  Sentap gua tak habis lagi.



Contoh benda rumit 9:
Cari makanan.

Contoh benda tak rumit 9:
Tak payah makan.

Peh peh pehh, ini memang paling mudah.  Terperap dalam bilik ngadap laptop ni bukan ingat sangat nak makan (ceh, ye ke?)  Rumit tau tak nak selongkar dapur tu?  Itu pun kalau ada benda nak masak.  Kalau takda, kena keluar cari makanan pulak.  Bar minyak kereta tinggal 2 je tu.  Haa kau nak isikan? Tak dapatnye non!  Aku agak-agak nak gastrik nanti aku kebas ah Maggi ke Mamee housemate aku.



Contoh benda rumit 10:
Berfikir.

Contoh benda tak rumit 10:
Tidur.

Tapi payah gak, sebab aku ni budak cerdas kan.  Tidur pun boleh berfikir, pfftt.  Ahh janji aku tidur takda la aku nangis.  Ni fikir-fikir macam nak meneran nangis pulak tahan-tahan tak chantek jugak.  Baik tidur en.  Cuaca pun layannn.  Kau ingat senang ke nak fikir tulis entri kali ni?!  Hmph, suka buat aku emosi.  Dah ah, malas layan korang.



Konklusinya aku ni betul-betul tak suka atau pemalas semata-mata?  Hmm

  Dah lu ni pehal?  Entri gua kalerful pun nak jadi isu ke?!  Dasar manusia


Ps.  Ahaha baru sekarang korang tau aku ada masalah mental sebenarnya.  Dems, habis menulis je aku rasa kebulur gila.  Tu ah, bongkak & takabur lagi. Hehe



13 comments:

  1. cit, kurang asam. tu je yg kau nmpk eh! teman aku grocery shopping beb

    ReplyDelete
  2. kt dungun skunk niyh law x mndi pown x pe.
    sbb kbykn org x mndi.
    SEJUK gler.

    ReplyDelete
  3. tumpang lalu....lawak la n3 ni....

    ReplyDelete
  4. Hello! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
    Btw lawa blog and happy blogging! And happy new year! :)

    Psst : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!

    ReplyDelete
  5. pyza; kantoi tak mandi! ;p d bila darurat je baru mandi, hehe

    o'gosh; hye! thanks :)

    syad; cis cis cis. mana adaaa!

    mr. swift; thank you thank you! will follow you back, insyaAllah. happy new year too. continue reading

    ReplyDelete
  6. eh header dah baru! mana bf baru pulak? nak tengok!!!!!! hehehehe

    ReplyDelete
  7. hahah header tahun baru ok! ;p
    err oh bf? hehe. dia dtg jugak masa your sister's wedding, duk luar la. tu that guy bahagian bawah kiri kat header tu :D

    ReplyDelete
  8. owh. itu ke bf baru awak. hensemnya. bertuah awak.

    ReplyDelete
  9. err. aa. awak ni siapa? sibuk2 je. dia ah bertuah dapat saya

    ReplyDelete
  10. yup. dia memang sangat sangat sangat sangat bertuah dapat awak.

    ReplyDelete

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......