Search This Blog

Thursday, March 10, 2011

Of good quality & high price .

  
Bila nak beli something of good quality tak semestinya kau kena pergi Topshop, MnG, Forever 21, Timberland, Esprit dan sebagainya.  Kau tak tau entah-entah kedai-kedai tu pun ada je yang reject.


Bila nak sesuatu yang baru & nampak mahal tak semestinya kau kena perhabis ratusan ringgit untuk pakaian yang nampak macam boleh dapat kat bundle dengan harga bawah sepuluh ringgit.


Aku tak kata aku tak pakai branded langsung.  Aku pun tak kata aku suka gila barang murah.
Muka aku bukan senang nak nampak kat bundle pasar malam Khamis bandar Dungun.
Muka aku sangat sukar nak nampak shopping kat Pavilion mahupun KLCC.


Memang la, sebab aku shopping online je.  Eheh :">
Eh tak tak, tak semestinya sebab tu.  Memang aku jarang shopping.

Aku shopping bila perlu.  Perlu di sini bermaksud terutamanya bila baju-baju lama dah terlalu sendat & singkat yang boleh mendatangkan nafsu syahwat (eh?)  lebih-lebih lagi apabila pinggang 30" dah jadi 32", peha ala model dah hilang ketegangan.  Hmmm.

Tambahan pula semenjak dua tiga menjak ni sering ditegur kekasih kacak garang aku, telinga mana tak panas.  Maka, baru lah ada alasan untuk membeli-belah.  Kalau tiada alasan kukuh, si kacak garang lagi keding akan buat suara & wajah tak puas hati.  Hoho.


Senang cerita macam ni la, bila nak beli something tu fikir jauh dulu untuk jangka masa panjang tempoh kau nak pakai, bila sesuai pakai.  Bukan sekali beli fikir untuk satu occassion saja.  Bila sesuatu event yang dirancang tak jadi, mula nak melenting dah spend too much on one piece of 'junk' yang kau rasa kau nak pakai sekali je.  Takmo macam tu eh takmo takmo.  Ok?


Pendek kata, orang kata ukur baju kat badan sendiri.  Aku kata kira lah duit kat buku akaun sendiri.  Jangan sibuk tiru orang bergaya dengan barang nampak mahal sikit kau terkincit nak pergi KL cari yang lebih kurang.  Ada akal fikir.  Entah-entah orang tu beli kat blogshop orang Perlis je harga tak sampai suku ratus.  Haha.  Tak pun dia dapat duit PTPTN satu sem 6 riban ke mana kau tau. 

- - - -
Bila malas nak buat assignment, jangan jadi macam aku.  Pura-pura banyak idea nak tulis kat blog.  Hehe.

- - - -
Aku rasa macam ada orang baca blog aku ni.  So nak khabar la sikit.  Nanti ada nak buat iklan sikit la pasal homestay.  Jadi Marketing Manager dah sekarang ;)  Stay tuned ehhh !  Heh -___-"

No comments:

Post a Comment

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......