Search This Blog

Thursday, January 29, 2009

Perkembangan 2

Hai. Hari ini aku nak bercerita lagi
Blog kali ini memang sekali lagi dispesifikasikan untuk cerita tembel/ketumbit aku sahaja
Istimewa sungguh tembel aku ini, sampai boleh masuk dalam blog aku
Jadi watak utama pula tu

Bila fikir semula, memang agak geli + jijik + pengotor + ngilu + kejam juga lah bila aku menunjukkan foto foto kenangan kesakitan aku
Tapi nak buat bagaimana, aku saja suka suka mahu berkongsi cerita
Dan sama sekali bukan untuk meraih simpati
Tapi memang dah manusia ni diciptakan dengan naluri senang mengasihani makhluk lain kan :) Bagus lah begitu

Baiklah. Semalam teng
ahari (RABU), sambil mak aku masak di dapur, aku pun lepak sama
Tapi bukan tolong pun. Aku sebuk layan tembel, picit picit dengan harapan nanah keluar sama sekali
Untuk menggebangkan cerita, ada lah dalam 2 - 3 jam juga aku memicit (masa sebenar yang diambil mungkin dalam lingkungan 45 minit - sejam lebih sedikit sahaja)
Mula-mula pakai tisu, x lut
Aku yang marah pun mengambil tuala 'Good Morning' mak di dalam almarinya juga secawan air panas yang berasap-asap daripada water heater kat atas meja dapur tu
Aku rendamlah tuala tu dalam cawan air panas itu lantas menekap ke mata kanan yang terlibat dalam kecelakaan berkenaan

FUHHHHHHHH.... Gila layan beb panas panas aku tekap!
Beber
apa minit kemudian laju aja nanah keluar
Aku pun layan aja lah picit

Hingga lah sampai ke satu tahap, darah pula yang keluar

Emak cakap, kalau darah yang keluar maknanya nanah dah habis!
Fulawehhhh... Seronok gila aku

Mata belum pulih sepenuhnya daripada bengkak lagi
Aku nak tidur ni (lepas gayut dengan azam :D), dengan ha
rapan bangun besok pagi bangun bangun mata aku dah kembali sihat seperti sediakala
Amin, insyaAllah :)

P/s; Bila baca balik, gila macam tahi duh aku tulis. HAHA

No comments:

Post a Comment

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......