Search This Blog

Friday, August 26, 2011

Hijrah .




Lokasi:  Kedai menjual pakaian dan tudung (Cititrend, Plaza Shah Alam)
Tarikh:  22 Ogos 2011 (Isnin)

Situasi:

AKU:  *belek-belek tudung*


- - - - terdengar perbualan - - - -


APEKYou mau tudung macamana?

MAKCIK:  Yang macam saya pakai ni la.  *tunjuk tudung sarung awning*

APEK:  Ha ok, mau saiz apa?

MAKCIK:  Ala tak tau la, saiz macam ni la saya biasa pakai. *tunjuk tudung sarung awning paras atas dada*

APEK:  Oh itu macam punya ka?  *cari-cari saiz*

MAKCIK:  Erm, saiz S je la S pun boleh.

APEK:  Haiyo, S tak boleh la banyak kecik singkat.

MAKCIK *nada berubah seakan malu*  Erm.  Saiz dia macamana ni sebenarnya ikut saiz muka ke apa?

APEK:  Saiz muka sama saja.  Labuh lain.


- - - - berhenti eavesdropping - - - -


AKU*senyum berlalu pergi*


Gambar hiasan.  Tapi dia ni memang suka pakai tudung atas dada ek?


Entah kenapa.  Aku rasa cukup segan masa tu.  Terlalu segan.  Aku akui aku jauh sekali daripada baik sepenuhnya akhlak tetapi situasi yang berlaku depan mata itu cukup membuat aku terkesan.  Seorang insan bukan beragama Islam boleh mengenalpasti singkatnya tudung itu jika dipakai oleh wanita itu, mengapa bukan dirinya sendiri?  Ada juga terlintas di fikiran jahatku ini,

"Ya Allah tak sedar dirinya mak cik ni.  Aku pun tak pernah pakai S.  Dah tua-tua bawak la bertaubat pakai tudung labuh"

Kenapa kita cukup susah nak ikut perintah Allah?  Adakah kita jahil atau terlalu mengambil mudah?  Nak bergaya tak salah malahan Allah s.w.t. sukakan kecantikan tetapi . . . mungkin cantik itu disalaherti masyarakat kini. 


Aku sedih dan risau fikirkan bila masanya untuk aku berubah, untuk berhijrah.  Pemikiran, akhlak, budi bahasa, sikap, percakapan, pergaulan, pemakaian.  Dari mana harus aku mula?  Aku keluar rumah dengan tudung paras atas dada, kasihan ayah aku, abang-abang dan adik lelaki.  Kalau dah bersuami?  Begitu juga, dia yang harus menanggung. 


Aku sentiasa berdoa segera diberi kekuatan untuk berubah.  Lebih-lebih lagi mengubah tahap kesabaranku :)


Sebagai panduan bersama.  Kita dah tahu, cuma tak mahu.  Kan?


 

2 comments:

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......