Search This Blog

Tuesday, March 9, 2010

Poser: Bajet Amek Berat

Aku masih tercari-cari identiti yang sesuai untuk dipaparkan di medium ini.
Aku menulis bukan kerana nama.  Bukan juga kerana harta, sebab tu aku tak join Nuffnang (har har har, alasan!  padahal tak reti)

Aku berkira-kira juga, kalau-kalau pembaca lebih prefer penulisan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Secara jujurnya aku suka menulis dalam kedua-dua bahasa.  Tapi rasa menyampah pulak kalau nak tulis dalam rojak, ish.  Tak kena langsung, heh
Aku rasa apabila menulis di dalam Bahasa Inggeris segalanya tampak indah.  Kemas dan tersusun, entah mengapa.
Tapi kalau dalam Bahasa Malaysia rasa macam bertabur sahaja.  Ini barangkali berikutan silap sendiri yang suka menulis dalam bahasa pasar.

- - - - -

Biarpun hari-hari aku berdoa untuk ditambah sifat mahmudah dan dibuang sifat mazmumah, aku rasa proses transformasi itu belum lagi bermula.
Semakin hari aku semakin tegar.  Menyakitkan hati orang (padahal orang emo lebih), bercakap lepas, berimaginasi mencampak orang dibenci daripada tingkat dua, pernah mempunyai hasrat ingin membunuh orang (nauzubillah) dan seangkatan dengannya.

Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berpura-pura.   Dan semoga tidak akan terkena tekanan jiwa


Pelbagai dugaan datang melawat aku semester ini.  Subjek Akaun, Records dan lain-lain seakan menguji daya ketahanan mentalku.  Waaaah, koya lebih -___-"
Sejak beberapa hari yang lalu juga aku telah ditinggalkan keseorangan di dalam bilik.
 
Segalanya aman.  Jiwa lebih syahdu saat membaca ayat-ayat suci al-Quran.  Tenang, indah :)
Tapi semua itu sementara.  Berakhir setelah masalah dunia bertandang semula


Ya Allah Ya Tuhanku,
tabahkan lah hatiku.  Tambahkanlah keimananku, ketaqwaanku, kesabaranku dan keikhlasanku dalam segala yang dilakukan.
Janganlah kau membiarkan aku hanyut dengan hasutan syaitan-syaitan yang sering ingin menjatuhkan anak-anak Adam Ya Allah.
Hanya padaMu aku berharap.  Lindungilah aku dari segala keluh-kesah dan dukacita Ya Allah


Ibu.  Hanya ibu yang aku mahu di saat ini
Aku akan sentiasa bersyukur Ya Allah.  Aku bersyukur

3 comments:

Hanya yang konstruktif dan membina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger......